Sabtu, 29 Mac 2014

DIY : Rosette Dari Kain Felt

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah berbulan-bulan yang lepas aku siapkan bunga penanggah ni. Syok pulak tengok B2B yang lain DIY-DIY, aku pon terpaksa terjebak sekali lah haha =D
Tengok macam senang je diorang buat, sampai beratus-ratus pulak tu kan. Setelah aku tambah tolak bahagi darab masa yang ada, dengan tahap kerajinan aku ni, aku sebulat hati nak buat 30 ketul je bunga penanggah.

Abaikan penggunaan penjodoh bilangan yang tak sesuai tu. Nak kata 30 buah,tak sesuai..30 biji pon tak sesuai. Aku rasa 30 ketul macam sopan sikit kan. Sila angkat kening tanda setuju,ok haha =D

Ok, sebelum aku merapu lebih-lebih, moh kita tengok bahan-bahan untuk 30 ketul bunga felt ni.

Bahan-bahan yang korang perlukan :

Kain Felt Plain - 3 helai  (3 x RM2.90)
Kain Felt Corak - 2 helai  (2 x RM3.50)
Ribbon - tak sampai 1 gulung pun (stok)
Gunting, jarum, benang - mak aku punya

Total = RM 15.70 = RM0.52/seketul.

Cara-caranya korang boleh tengok gambar-gambar ni :

1. Gunting kain felt dengan ukuran 7cm x 4.5 cm (untuk bunga kecik)

2. Nampak tak dot2 yang aku buat tu. Lepas korang da gunting ikut ukuran tadi,
lipat dua kain tu tau..
Then, gunting pulak ikut dot2 tu untuk kelopak die.
Tips : Gunting 3/4 sahaja, jangan sampai putus

3. Ni la rupa dia lepas korang da potong ikut dot2 tadi. Tengok, aku gunting
sikit ja.

4. Jahit jelujur halus kat bahagian yang terbukak tu. Start dari kiri ke kanan.
Sampai je kat hujung kanan tu jangan matikan dulu jahitan. Cucuk balik
jarum kat bahagian kiri dan tarik sekuat hati  pelan-pelan sampai kedua2
bahagian tu bercantum. Dah tu, baru matikan jahitan.

5. Ni la hasilnya. Ulang untuk bunga kedua dan seterusnya.
Buat sampai lebam ye haha =P
cc to : dhiera
Maap dear, saye ambik awokk punya gambar =)

Aku sempat ambik gambar untuk bunga kecik ni je. Gambar yang ni aku cilok dari blog sis dhiera comey lotey ni.. Lebih kurang macam yang aku buat. Untuk bunga yang besaq kedabaq kat belakang tu (tak besar mana pon sebenarnya), aku guna ukuran 10.5cm x 4.5 cm. Kelopak-kelopak dia aku guna ukuran 1.5cm setiap satu.
 Bulat yang tengah tu aku ikut ukuran penutup gam stik yang kecik (besar dia lebih kurang duit 5 sen yang baru). Buatkan reben. Pastu cantumkan je semua-semua tu. Dah siap. Simpan dalam kotak sampai berhabuk. Time kenduri  baru keluarkan balik haha =D 

Tips kasih sayang : Kalau nak guna felt yang berwarna putih macam ni, make sure korang hati-hati tau. Aku buat ada yang jadi macam belacan dah kaler dia. 

Selamat mencuba ya

Jumpa lagi next entry..



Khamis, 27 Mac 2014

Salam Perkenalan Pada Yang Sudi..



Assalamualaikum.......






Memandangkan ni 1st entry aku, anggap la ni sesi suai kenai aku ngn korang tau =D . Aku Ell, from Perak tapi sekarang da jadi anak Selangor pulak. Aku baru berjinak-jinak nak berblog ni. Harap korang jangan patahkan semangat aku yang tengah berkobar-kobar ni tau haha...

Sekadar tempat untuk aku kongsi apa-apa saja dengan korang. Entry lepas ni mungkin aku akan banyak berceloteh pasal kahwin-kahwin. Harap korang bertabahlah membaca entry-entry aku. Maaplah kalau ayat aku berterabur lari merata-rata. Almaklum, junior la katakan hihi =)

Jumpa lagi next entry..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...