Isnin, 28 April 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Khamis, 24 April 2014

GA Cuci Lemari by Mamamursyid.blogspot.com

Assalamualaikum...

1st time join GA MAMAMURSYID ni..Harap-harap bertuah la hihihi


Nak join?? Klik je banner ni


Korang pon kena join tau. Support antara satu sama lain gituu hihihi..
Soalan kacang je, hadiah punyalah best =D

Follower yg ke 104 ^__^

Jawapan saya :

i) Siapa anak mamamursyid??
Ahmad Mursyid Bin Ahmad Kushairy

ii) Apa pekerjaan mamamursyid??
Guru dan Suri rumahtangga






Projek Iqra' : Shopping Raya 2014

Assalamualaikum..




Untuk salurkan tajaan korang:

Sila lakukan transaksi korang di sini

atau


Akaun : Maybank

No Akaun : 5648 1050 4003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

Emailkan ke : info@projekiqra.com

Letakkan nota : Shopping Raya 2014



Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

Solleh : 017 670 2033

Sharifah : 017 274 8904

Suhaimi : 019 217 5597


Bantulah mereka bagi mendapatkan dana bagi membolehkan program mulia ni dilangsungkan seawal Ramadhan tahun ni untuk 550 orang penerima manfaat.

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Shopping Raya 2014, siapa penerima manfaatnya dan bagaimana tajaan korang ni digunakan dengan sebaik mungkin, korang boleh klik kat sini


Cc to : Projek Iqra'

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban


Jumpa lagi next entry..


Test Kepantasan Otak Anda

Assalamualaikum..




Hari ni kita main cikgu-cikgu ye. Iolls jadi cecikgu, uolss jadi memurid okey. Macam geli je kan aku cakap macam ni -_-
Sebelum korang keracunan perasaan, kita kembali ke pangkal jalan hokeyy hahaha..

Cakap pasal test, teringat zaman-zaman remaja masa study dulu. Bila lecturer cakap nak buat test je,aku mula buat muka cuak. Time ni punya la dok berkerut-kerut dahi sampai bercantum kening sebab fikir kat mana dah campak nota-nota awal sem dulu. Punya la bersengkang mata buat nota kecik-kecik (padahal bergosip je lebih), otak nak pecah sebab banyak sangat info dan formula yang nak kena hafal (dulu aku ambik kos akaun, memang banyak la formula dan format nak kena hafal kan). Last-last masa test, sok sek sok sek dengan member sebelah. Haishh, korang jangan tiru sikap tak baik ni tau.

Yang aku tak boleh lupa masa aku nak ambik exam MUET dulu. Orang lain sibuk study, belek kamus, buat latihan banyak-banyak, aku dan sorang lagi member baik aku boleh tibai main game. Bajet terer speaking la konon nye. Nasib baik group sepaking aku semua member-member baik aku. Takdelah aku cuak sampai sakit-sakit perut huhuhu

Dah melalut merata-rata dah kan. Aku ni bukan boleh bercerita, korang tertidur namblas hari pun aku tak sudah-sudah lagi hihihi..Tadi aku sempat on9 FB sekejap. Ada member aku ni post pasal test kepantasan otak. Aku rasa macam best je kalau share dengan korang ^__^  Tapiii, ada syarat-syaratnya sebelum korang buat test ni.

Syarat-syarat nya ialah :

Korang kena jawab dengan SPONTAN (mesti cepat). Tak boleh fikir lama-lama.
Baca satu demi satu
Korang mesti fokussssss!!!!

Okey, soalannya ialah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ujian 1
Kertas A4 warnanya apa?
Awan warnya apa?
Susu warnanya apa?
Lembu minum apa?


Ujian 2
Rambut anda warna apa?
Bulu mata anda warna apa?
Jalan tar warna apa?
Kelawar tido bila......?


Ujian 3
Cendol warna apa?
Daun kelapa warnanya apa?
Rumput segar warnanya apa?
Zirafah makan apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni jawapannya:
Ujian 1 : Kalau korang jawab lembu minum susu, SALAH. sebab lembu minum air.
Ujian 2 : Kalau korang jawab malam, SALAH. sebab kelawar tido waktu siang.
Ujian 3 : Kalau korang jawab rumput, SALAH. sebab zirafah makan daun.

Haaa...korang jawab berapa yang betul?? Mesti semua salah kan. Aku dah try dan jawapan aku semua SALAH. Adakah otak aku begitu LEMBABBB..Oh tidakkkkk!!!! Bukan salah ibu mengandung. Bukan salah cikgu yang mengajar. Ni semua salah soalan yang tak berapa cerdik ni haha..

Korang jangan stress kalau jawapan korang salah. Ni sekadar suka-suka je. Jangan serius sangat okey hihi..

Jumpa lagi next entry..


Rabu, 23 April 2014

Giveaway : Saya Nak Skirt Free Itu

Assalamualaikum...

Jangan pelik dengan penggunaan kata ganti "SAYA" ni tau hihi...




Saya mesti menang chiffon skirt ini kerana skirt ni teramatlah cantik, manis dan sopan untuk digayakan oleh gadis-gadis terutamanya mestilah saya :) 
(abaikan unsur riak di sini hihi =D)  

Selasa, 22 April 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Macam Daki Je

Assalamualaikum..



Daki kat leher??? BUKANNN LAHHH



Daki kat tangan ke?? PUNN BUKANNN


Dah tu daki apa cik minah oii.. -_-

Wehh korang, aku bukan nak cakap pasal daki-daki kat badan tu ha..Pengotoq betul korang haha..Padahal tajuk aku yang mengundang korang pikir gitu kan pfftt...Tapi bagus lah, tu tandanya sel-sel otak korang sedang berhubung hihihi

Yang aku maksudkan ialah insan-insan yang tiada pertalian darah dengan korang tapi korang sayang sangat-sangat. Contohnya macam kawan-kawan, pakwe / makwe korang, adik / kakak / abang angkat korang dan yang sewaktu dengannya lah. 

Ehh, apasal nak samakan diorang dengan daki pulak?? Diorang tu pengotoq ke?? Diorang tu hitam macam daki ke?? Diorang tu degil macam kotoran degil ke?? Diorang tu bla bla bla ke??? Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku cakap diorang macam daki je.

Okey, sebelum tu aku nak berkongsi cerita dengan korang pasal remaja-remaja zaman sekarang. Bukan semua tau tapi adalah sikit-sikit yang buat lagu ni. Yang lebih pentingkan orang luar dari keluarga sendiri. Yang lebih sayangkan orang luar dari keluarga sendiri. Yang lebih utamakan orang luar dari keluarga sendiri. Yang jenis dengar cakap kawan / pakwe / makwe. Mak abah bagi nasihat pun tak nak dengar. Cakap kawan lagi penting. Sampai sanggup lari dari rumah, sanggup pukul ahli keluarga, sanggup meninggi suara dengan mak abah. 




Dah jadi apa-apa kat diri sendiri baru teringat mak abah, baru teringat abang kakak. 




Aku nak tanya, sapa yang dok bertarung nyawa lahirkan korang?? Sapa yang bersusah payah mencari sesuap nasik untuk korang?? Sapa yang berjaga siang malam kalau korang sakit?? Sapa yang sanggup protect korang kalau ada yang buli / kacau korang?? Dah semestinya mak, abah dan ahli keluarga korang je yang sanggup kan. Korang tak kesian ke kat mak abah yang dah tua tu, yang selama ni bersusah payah untuk kesenangan korang.

Baik lelaki atau perempuan, sayangilah diri korang sendiri. Jaga nama baik, maruah keluarga dan diri sendiri. Orang luar tu semua umpama daki kat kulit je. Sekali sental dah hilang. Takkan kekal lama. Takkan ada dengan korang waktu susah atau senang. Tapi keluarga tu darah daging korang sendiri. Korang tak boleh nak buang pon. 

Aku tak kata semua macam tu. Ada yang ikhlas berkawan dengan kita. Ada yang membawa kebaikan kat kita. Ada yang menjauhkan kita dari terus buat kesalahan / dosa. Yang penting, pandai memilih kawan. Dan jangan sesekali lebihkan orang luar dari keluarga sendiri okey..


Jumpa lagi next entry..


Isnin, 21 April 2014

Vitagen Healthy Digestion Walk 2014

Assalamulaikum..





Korang tau tak?? Sistem pencernaan yang kurang baik jugak adalah salah satu punca kenapa jerawat selalu hinggap kat muka dan badan kita. Mesti dalam hati korang kata "Eh minah ni, pandai-pandai je buat statement macam tu. Bajet dokter-dokter la tu". Aku tau aku bukan dokter, tak layak pon. Tapi, ni fakta tau. Fakta yang tak semua korang tau. So, say tenkiu sebab aku dah tambahkan ilmu korang hihihi


Selain minum air putih secukupnya setiap hari dan rajin makan buah-buahan berserat, korang jugak boleh amalkan VITAGEN. Vitagen ni merupakan jenama pertama susu kultur di Malaysia tau. Sangat-sangat baik untuk merangsang sistem imun yang lebih kuat dan meningkatkan proses pencernaan korang. Jangan muka je nak cantik, usus korang pon kena cantik jugak. Start dari hari ni, amalkan minum sebotol vitagen setiap hari untuk kesejahteraan usus korang hihi







Haa, nak lagi sihat sejahtera, jom join VITAGEN Healthy Digestion Walk 2014




Macam-macam aktiviti yang ada. Ada senamrobik, mini karnival, photobooth. Abang-abang, akak-akak, adik-adik yang nak join, boleh la daftar sekarang ye. Ada masa lagi ni. Tarik tutup pendaftaran pada 25 April 2014. Pendaftaran RM30 je sorang. Nak sihat?? Nak cantik?? Apa tunggu lagi. Jom la ramai-ramai join =D

Untuk maklumat lanjut,  klik sini.


Jumpa lagi next entry..

Khamis, 17 April 2014

Tips : Bergaya Mengikut Kemampuan

Assalamualaikum..

Lumrah manusia, sentiasa nak nampak cantik, kemas dan bergaya. Tak kira tua, muda, laki, pompuan, semuanya tak terkecuali. Semua orang ingat kalau pakai barang-barang mahal, yang branded, yang limited edition dan seangkatan dengannya lah, baru nampak bergaya. Sangat-sangat salah anggapan korang tu tau. 

Ada pulak yang sanggup ikat perut sebab nak beli barang-barang yang bukan mampu milik. Sebab apa?? Semata-mata sebab nak nampak bergaya. Bukan takat baju, kasut, handbag, jam tangan je yang mahai, tudung la ni pon harga nya mencecah beratus selai. waddehuii punya harga la kan.

Salah satunya tudung Fareeda la. Ala, yang hot sekarang ni. Memang la cantik bila dipakai, tapi kalau harga macam ni memang namblas ribu kali la aku fikir sebelum membeli. Bagi yang mampu, no hal la kan. Ambik, ambik, ambik, pastu bayaq. Bagi yang kurang berkemampuan, hanya mampu memandang je la.



Memang nyata jelita la kan kalau pakai Fareeda ni kan huhu. Tapiii, apakan daya T__T

Bagi korang yang teringin sangat nak pakai tudung ni, tapi duit dalam poket pun cukup-cukup makan je, meh aku tunjukkan cara mudah lagi murah. Tengok bebaik na.

Yang korang perlu ada cuma:
1- Selai tudung bawal.
2 - Brooch kecik (untuk dipin bawah dagu, di hujung tudung)
3 - Brooch besar (pastikan pin dia panjang)

Mula-mula, pakai tudung bawal macam biasa.
Samakan hujung tudung sebelah kiri dan kanan dan
pinkan bawah dagu.

Pandangan belakang. 

Pinkan di belakang leher.
Ni untuk kemaskan lagi kedudukan tudung korang.
Tak nak pon takpe.

Okey, start nak buat kedut-kedut
di bahagian depan.

Mulakan lipatan dari bahagian bawah tau.


Buat ikut labuh yang korang suka. Makin labuh,makin
sikit la kedut-kedut nya.

Dah siap, pinkan. Tengok macam serabai sikit kan.
Time ni memang tak nampak macam
Fareeda lagi hihihi

Apa yang korang perlu buat ialah,
tarik kedua-dua hujung bawal untuk
kemaskan kedutan tadi.

Lastly, cantumkan kedua-dua hujung
bawal tu dan pinkan.


Tadaa, ni lah hasilnya Bawal Ala Fareeda dari YUNABELLA. Cantik, mudah, murah, menutup dada :) Lebih sopan kan. Ni la namanya bergaya mengikut kemampuan hihi. Selamat mencuba ya korang. 


Jumpa lagi next entry..

Selasa, 15 April 2014

Ambil Yang Baik

Assalamualaikum..





Situasi di masjid....

A : Arghhhhhh!!!!!
B : Ko dah kenapa A??
A : Kasut aku hilang la beb.
B: Betul ke? Cer cari betul-betul dulu.
A : Takde la..Tinggal seliper buruk ni je..Adoiii..Dah la kasut baru tu..Baru 2-3 kali je aku pakai.
B : Aku rasa pencuri tu ikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
A : Maksud ko??
B : Ye la. Tadi kan tok kahtib kata "Maka ambillah yang baik-baik dan tinggalkan yang buruk"
A : Haa????


Okey, tu sekadar selingan je hihi.. Bukan itu yang aku maksudkan. Bukan..Bukan..dan bukannnn...
Yang aku maksudkan ialah apa-apa situasi yang berlaku kat korang, yang korang tengok, jangan ingat yang negatif saje. Yang positif nya korang buat-buat tak nampak, buat-buat tak tahu. Salah tu anak-anak sekalian. Kita belajar daripada situasi yang berlaku di sekeliling kita, dari pengalaman, tak kisahlah pengalaman sendiri, orang terdekat atau sapa-sapa saja di sekeliling kita.

Contoh 1 :

Korang ada sorang kawan. Dia ni sangatlah pemalas. Nak mandi malas, nak bangun pagi malas, hatta nak gosok gigi pun malas. TAPIii kawan korang ni baik hati, suka tolong orang, penyayang, hormat orang lain, boleh bertolak ansur dan banyak lagi la kebaikan dia. Korang asyik pandang yang buruk pasal kawan korang tu  sampai terlepas pandang nilai positif dalam diri dia. So, korang tolak tepi kekurangan dia tu. Yang perlu korang contohi ialah sifat mahmudah yang ada dalam diri dia. 


Contoh 2 : 

 Korang selalu tengok drama-drama kt tv kan. Tak kisahlah drama melayu ke, cina ke, india ke. Mesti korang pernah terpikir, asyik-asyik cerita cinta, cerita rempit, cerita hantu, cerita kongsi gelap. Macam dah takda idea lain la. Buat cerita macam ni lagi  la mendorong budak-budak la ni buat lagu tu. Memang selalu cerita drama sepesen je TAPIii korang pernah terfikir tak pengajaran yang tersirat di sebalik cerita-cerita tu. Banyak nilai-nilai murni yang boleh korang ambik sebagai tauladan, sebagai sempadan, sebagai panduan dalam kehidupan seharian ni.

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang ada. Sama ada melalui pengalaman sendiri atau orang lain, yang korang tengok sendiri, dari mulut ke mulut (maknanya ada yang bercerita kat korang la) atau hasil dari korang membaca. 

Korang kena ingat, setiap yang berlaku pasti ada pro dan kontra nya. Terpulang kat diri sendiri nak ambik yang mana, nak ikut yang mana. Tepuk perut dada tanya apa kata hati :)


Jumpa lagi next entry..

Isnin, 14 April 2014

Tahun Menyambut Ahli Baru

Assalamulaikum..

Baru ada masa nak update. Asyik tertangguh je. Biasalah, kerja hakiki menuntut perhatian lebih. Nak makan pun takde masa, apatah lagi nak berbelog. Memang masa amat mencemburui aku. Memikirkan persiapan majlis je buat aku hampir pitam..Omaiiiii help me huhu T__T

Tinggal jap benda-benda yang memeningkan ni. Sekarang masa untuk gud news je hihi..
Untuk pengetahuan korang, 31/3/2014 hari tu, anak buah aku yang ke-8 selamat dilahirkan di Hospital Teluk Intan. Yang paling cenonet dalam ramai-ramai anak buah aku. Tak kisahlah, janji sihat dan comel hhihihi..


Tengok, cenonet je baby boy ni. Minum susu banyak-banyak ye baby. 
Nanti dah besar baru kacak macam Aarom Ajis hihi..
What?? Tak de kena mengena?? Kisah pulak aku hihi =)



Ada 2 ketul je gambar baby boy ni. Maklumlah, mak sedare dia buzy kan hihi..
Gambaq gegar ni aku tak tau sape ambik. Maybe abah die a.k.a abg ipaq aku kot.
Nak kata parkinson xde la pulak. Gemuruh sebab teman isteri bersalin tak habis lagi kot hihi..

And, hari ni pulak 14/04/2014, anak buah ke-9 aku bakal dilahirkan tak lama lagi. Yang ni made in Hospital Pantai Bangsar. Time aku menaip entry ni, takde khabar berita lagi dari mak aku, So, maknanya belum deliver lagi la. Korang semua doakan akak aku and baby girl dia selamat okey. Trimass ^__^

Jumpa lagi next entry...

Jumaat, 11 April 2014

Resipi : Kek Cawan Pisang Easy

Assalamualaikum..




Sape suka makan pisang?? Geng aku lah tu. Aku cukup suka makan pisang, tak kira lah yang dimasak atau tak. Cakap je, cekodok pisang, pengat pisang, lepat pisang, pisang goreng, semua aku suka. Tak ketinggalan kek pisang. 











Disebabkan aku ni seorang gadis yang bekerja, so masa untuk aku berada kat dapur sangat lah terhad. Ciss, alasan semata-mata. Kalau mak aku baca konfem dia kata "Eleh, kalau dok depan tv mengadap cerita CSI ke, Law & Order ke ada pulak masa kan" Okey, mak menang. Memang mak amat memahami hihi..

Oleh sebab alasan yang tak boleh diterima tu, aku pon dengan rajinnya mengGoogle resepi untuk buat kek pisang tanpa memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Aku tertarik dengan resepi Kak Rosmah Aziz ni. Aku bagi nama resepi ni Kek Cawan Pisang Easy. Feeling omputih sikit haha..Tersangat mudah. Lagi mudah dari ABC.

Apa yang korang perlukan ialah :

1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
10 bijik pisang emas 

Ok, jom belajar cara-cara yang mudah ni :

1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Pastikan semua bahan di blend rata.
3. Dah siap, masukkan dalam paper cup.
4. Kukus lebih kurang 10-15 minit.


Gila kentang punya senang resepi ni kan. Budak tak cukup umur pon boleh buat. Malu lah kalau korang-korang yang pangkat kakak-kakak comel ni tak nak try kan. Nak lagi sedap, korang boleh letak cip coklat. Dah lepas langkah no 3 tu, korang tabur je coklat cip sebelum kukus. Mabeless sungguh rasanya.



Yang ni, aku ambik dari fb Kak Rosmah Aziz


Yang ni, kek pisang cip coklat yang dibakar. Aku curi ambik dari blog Mrs Sunnies Home.


Resepi ringkas pon boleh hasilkan makanan selazat ni. Jangan lupa try ok.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...