Jumaat, 6 Februari 2015

Anak Dara Tak Reti Masak


syukur..

aku tak reti masak sangat pun suami tak marah.."takpe la sayang, yang ni pun dah cukup"..tu yang selalu suami cakap dekat aku..kadang-kadang rasa macam bersalah pulak sebab tak reti masak masakan kesukaan dia..tapi sekarang aku dah pandai..gugel je resepi..tung tang tung tang kat dapur, dah siappp..walaupun tak sama, at least dia nampak usaha aku untuk penuhi kemahuan dia..

aku masak tak berapa nak sedap pun, suami telan je tanpa banyak kerenah..kadang-kadang terkurang garam, terlebih pedas, tak cukup gula, rasa macam entah hape-hape..tak sedap macam mana pun, suami aku makan je..kadang-kadang siap bertambah..dalam hati terharu sebab mungkin dia tak nak aku kecik hati kalau dia komplen sedangkan aku dah bertungkus lumus nak kenyangkan perut dia T__T..

aku tak pandai pilih ikan pun suami aku sabar je.."jangan ambik ikan yang mata dia dah kaler merah".."kalau perut dia dah lembik, tu tandanya ikan tu dah lama".."kalau pegang je kulit dia dah tertanggal, ikan tu dah tak segar"..macam-macam lagilah..aku bukan tak tahu nak pilih ikan yang segar macam mana, aku cuma tak tahu nak pilih ikan apa..sebab tak semua jenis ikan suami aku makan..yang mana febret aku, yang tu la dia tak makan..so, aku suruh dia pilih sendiri..korbankan selera sendiri sebab selera suami tu penting..aku punya beli yang dah siap masak..kan senang haha..

tak reti masak tu hal kecik je..yang penting ada kemahuan nak memasak..tak reti boleh belajar..tak tau resepi boleh tanya mak..tak pun gugel je sendiri..tak sedap boleh dibaiki..kalau rajin masak in shaa Allah masakan akan bertambah sedap..yang menjadi masalah kalau korang malas..yang tu tak boleh nak buat apa-apa lah..pokok pangkal diri sendiri ye sayam-sayam sekalian ^_^

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...