Jumaat, 11 April 2014

Resipi : Kek Cawan Pisang Easy

Assalamualaikum..




Sape suka makan pisang?? Geng aku lah tu. Aku cukup suka makan pisang, tak kira lah yang dimasak atau tak. Cakap je, cekodok pisang, pengat pisang, lepat pisang, pisang goreng, semua aku suka. Tak ketinggalan kek pisang. 











Disebabkan aku ni seorang gadis yang bekerja, so masa untuk aku berada kat dapur sangat lah terhad. Ciss, alasan semata-mata. Kalau mak aku baca konfem dia kata "Eleh, kalau dok depan tv mengadap cerita CSI ke, Law & Order ke ada pulak masa kan" Okey, mak menang. Memang mak amat memahami hihi..

Oleh sebab alasan yang tak boleh diterima tu, aku pon dengan rajinnya mengGoogle resepi untuk buat kek pisang tanpa memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Aku tertarik dengan resepi Kak Rosmah Aziz ni. Aku bagi nama resepi ni Kek Cawan Pisang Easy. Feeling omputih sikit haha..Tersangat mudah. Lagi mudah dari ABC.

Apa yang korang perlukan ialah :

1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
10 bijik pisang emas 

Ok, jom belajar cara-cara yang mudah ni :

1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Pastikan semua bahan di blend rata.
3. Dah siap, masukkan dalam paper cup.
4. Kukus lebih kurang 10-15 minit.


Gila kentang punya senang resepi ni kan. Budak tak cukup umur pon boleh buat. Malu lah kalau korang-korang yang pangkat kakak-kakak comel ni tak nak try kan. Nak lagi sedap, korang boleh letak cip coklat. Dah lepas langkah no 3 tu, korang tabur je coklat cip sebelum kukus. Mabeless sungguh rasanya.



Yang ni, aku ambik dari fb Kak Rosmah Aziz


Yang ni, kek pisang cip coklat yang dibakar. Aku curi ambik dari blog Mrs Sunnies Home.


Resepi ringkas pon boleh hasilkan makanan selazat ni. Jangan lupa try ok.  


Rabu, 9 April 2014

Tips : Cara Tangani Stress

Assalamualaikum.. 



 Entry kedua aku untuk hari ni. Bukan main gatal lagi tangan ni nak menaip hihi =)
Bukan apa, hari-hari aku tengok ada je yang update status stress-stress kat facebook. Hari ni saja dekat seploh status yang aku baca pasal benda ni. Bukan korang je yang ada masalah tu, aku pun sama jugak. 

Aku ulas secara ringkas je tau punca-punca stress ni. Ada banyak faktor yang boleh buat kita stress. Pertama, emosi yang melampau. Perasaan marah, takut, kecewa atau sedih yang terlampau. Kedua, sifat inginkan kesempurnaan. Bila hasil kerja tak seperti yang kita nak, kita jadi mudah stress. Ketiga, tekanan situasi sekeliling. Contohnya suasana kat tempat kerja yang bising, takpon keadaan rumah yang macam tongkang pecah. Bebanan kerja macam mengejar kejar dateline pun boleh jadi punca stress tau tak.

Kalau asyik stress je, boleh memudaratkan diri sendiri tau. Aku tak tahulah sama ada tips ni mampu hilangkan stress korang atau tak. Atleast, korang boleh cuba ^____^

Antara tips yang boleh korang amalkan :-

1. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Perkara ni wajib korang lakukan. Sebab apa?? Sebab emosi korang yang terganggu tu akan reda sedikit demi sedikit.

2. Sentiasa berfikiran positif atas setiap yang berlaku. Walaupun sukar untuk kita terima, percayalah pasti ada hikmah di sebaliknya. 

3. Dapatkan rehat yang cukup. Bukan je boleh buat badan korang rasa lebih segar, otak pon akan dapat
ruang untuk bernafas. So, kita boleh menganalisa dan mencari jalan penyelesaian dengan mudah.

4. Lakukan perkara yang korang suka. Contohnya mendengar lagu, menonton filem, menyanyi, atau sebagainya. Korang akan rasa lebih tenang dan perlahan-lahan akan lupakan perkara yang buat korang stress.

5. Cuba kongsi dengan orang yang korang percaya. Bukan je dapat kurangkan beban stress, mana tau dia ada solution yang bagus untuk masalah korang.

6. Pastikan korang tidak menangguh sebarang kerja. Buat kerja dengan sistematik. Jangan selalu sangat amalkan sikap buat kerja last minute. Kalau boleh elakkan sikap ni. Yang padahnya, diri korang jugak nanti.

7. Perbanyakkan berzikir dan berdoa kepadaNya agar diberi jalan terbaik untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Memintalah dengan kerendahan hati seorang hamba kerana Dia sebaik-baik perancang dan pemberi jalan.

Seelok-eloknya jangan biarkan diri kita tewas dengan nafsu. Musuh utama yang dekat dengan kita ialah nafsu. So, jangan mudah terpedaya tau :) Sayangi diri sendiri ok..



Kekal Aktif Dengan LIBRESSE

Assalamualaikum..



Datang bulan?? Ohh tidakkkk!!! Mesti dah terbayang perasaan tak selesa, dengan PMS lagi, pakej dengan senggugut pulak. Sape yang pernah rasa macam ni?? Time macam ni, semua benda macam tak kena kan. Salah sikit macam nak perang dunia ketiga dah. Adoiii, azab je rase kan.

Ehh, macam cakap pasal diri sendiri je.. =,=

Memanglah, aku pun salah seorang dari korang-korang semua yang pernah hadapi masalah ni. Bila datang bulan je, aku mesti rasa tak senang duduk. Dah macam duduk dalam balang air dah kan. Rasa basah je. Lagi satu, rasa tak konfiden je nak jalan-jalan kat tempat yang ramai orang. Bukan apa, tebalnya kemahin lagi. Dah macam pakai pampers DRYPERS tau. Dasyat kan huhu.. TAPI sekarang tak lagi. Nak tahu apa rahsia aku?? LIBRESSE la jawapannya..

Sebelum ni, aku dah cuba mcam-macam brand dah. Tapi sejak guna Libresse, aku dah tak pandang yang lain dah. Setia pada yang satu gitu haha =D. 

Kepada korang-korang yang nak try tuala wanita brand Libresse ni, korang boleh dapatkan sampel kat siniDah try baru korang tau kehebatan Libresse ni. Sangat-sangat selesa dan buat korang yakin sepanjang hari macam hari-hari biasa =)

Haaa nak lagi best?? Sekarang Libresse ada buat satu contest iaitu Shine On by Libresse. Jom la try. Banyak hadiah menarik yang bakal korang menang.



Mudah je. Korang cuma lengkapkan kelima-lima stage tu untuk peluang memenangi hadiah yang lumayan. Nak tau hadiah-hadiahnya??


Haaa, ni la hadiahnya. Kalau korang tak nak rasa kempunan sampai 3 keturunan kucing jiran korang tu, apa tunggu lagi?? Bermula dari 31 Mac sampai 20 April je tau. Dah tak banyak masa dah ni.

Untuk keterangan lanjut, korang boleh jenguk website Libresse. Gud luck untuk korang semua :)


Jumpa lagi next entry...


Selasa, 8 April 2014

Mini GA I Love Monopod by Emas Putih

Assalamualaikum..

Ni merupakan kali pertama aku join GA. Korang nak jugak?? Meh jenguk blog Emas Putih.
Gud luck untuk korang dan aku ^^,


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simple giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Isnin, 7 April 2014

Tiada Yang Lain : BAB 1





“Dah besar anak ibu. Agaknya bila nak bagi menantu untuk  ibu ni?” soal ibu bernada gurau. Ku lihat sebaris senyuman terukir di sudut bibir nya.

“Mestilah. Dah 25 tahun ibu bersusah payah jaga Ameer kan. “ ujar ku tanpa menjawab pertanyaan nya.

“Kalau Ameer dah ada calon nanti cepat-cepat bagitahu ibu ya. Ibu teringin nak tengok Ameer di atas pelamin. Ibu pun sudah tua. Entah sempat atau tidak nanti.” Semakin sayu suara ibu. Lama aku terdiam.

“In shaa Allah, ibu. Jodoh maut di tangan Tuhan kan. “ jawabku tenang setelah lama berfikir. Ibu hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

Perbualan dengan ibu bagai terngiang-ngiang kembali. Sakit di dada bagai menyucuk-nyucuk mengenangkan permintaan ibu yang tidak sempat ku tunaikan.  Air mata seolah-olah sudah tidak dapat ku tahan dari terus mengalir.

“Sudahlah tu Ameer, aku harap kau tabah. Kau kan anak lelaki. Arwah ibu perlukan doa dari anak soleh macam kau, bukan air mata ni.” Pujuk Raisya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan. Segera kuambil lantas mengelap sisa air mata yang jelas kelihatan.

Raisya. Anak angkat ibu merangkap kawan karibku. Dialah yang menawarkan diri untuk menjaga ibu setelah mendapat tahu aku mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Kulihat wajahnya. Begitu tenang walaupun dapat ku kesan garis duka di matanya.

“Maafkan aku,Aisy. Aku terlupa. Aku terlalu kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah ibu,” kataku perlahan. Sebak kembali bertandang tapi segera kutahan  agar tiada lagi air mata lelaki yang mengalir.

“Aku faham perasaan kau sebab aku pun alami benda yang sama.” Tutur Raisya perlahan lantas terus bangun. Tidak manis pula duduk berdua begini walaupun masih ramai saudara mara dan jiran tetangga di rumah.

“Apa maksud kau Aisy? Kau pun tak dapat tunaikan permintaan ibu? Apa permintaan ibu tu?” soalku bertalu-talu kerana diasak perasaan ingin tahu. Tapi, Raisya hanya menjawab pertanyaan ku dengan sebuah gelengan yang tidak dapat kupastikan apa jawapannya.

Ameer biarkan sahaja kerana pada firasatnya, Raisya juga perlukan ruang untuk hapuskan rasa terkilannya.

************

"Eh, awak nak ke mana tu Raisya?" soal Bella, setiausaha Ameer Haiqal. 

"Encik Ameer minta saya bawa dokumen ini, cik Bella," jawab Raisya seraya menunjukkan fail di tangannya.

"Awak tak boleh suka-suka hati masuk bilik Encik Ameer. Sedar tak,awak tu cuma kerani biasa saja. Tak layak pun nak jejak lantai bilik Encik Ameer. Perempuan macam saya saja yang layak. Lain kali jangan memandai-mandai ya." tempelak Bella.

 "Muka tak cantik, baju tak berjenama, badan pun busuk, ada hati nak dekat dengan Encik Ameer," omel Bella lagi sambil merampas fail dari tangan Raisya.

Terdiam Raisya mendengar hinaan dari Bella tapi dengan segera dimaniskan wajahnya. 
"Saya minta maaf Cik Bella, saya tak tahu. Lain kali saya tak akan buat lagi," dengan rendah diri Raisya menjawab.

"Make sure awak ingat. Kalau tak, tahulah nasib awak." ugut Bella dengan mata yang membulat. 

Belum sempat Raisya menjawab, terdengar pintu bilik terbuka. Terjengul kepala Ameer Haiqal. Cepat-cepat Bella menyerahkan fail yang sedari tadi berada di tangannya.

"Apa yang saya dengar kecoh-kecoh tadi?" soal Ameer Haiqal tanpa menyambut huluran fail dari Bella.

"Raisya ni, suka-suka saja nak masuk bilik you. Nasib baik I sempat tahan. You jangan risau, I dah bagi warning pada budak mentah ni." adu Bella dengan liuk lentok lintaknya. 

 "Saya yang minta Raisya bawakan ke dalam bilik saya." tutur Ameer tegas.

"Raisya, bawa fail yang saya suruh tadi dan ikut saya ke dalam sebentar." arah Ameer pula kepada Raisya. Laju Raisya mengangguk sebelum meminta fail dari Bella. Sempat matanya menangkap keruhya muka Bella apabila mendengar Ameer seolah-olah membelanya.

Cepat kakinya melangkah mengikut rentak kaki Ameer. Selepas itu, pintu bilik di tutup perlahan.

"Encik Ameer, ini dokumen yang encik minta tadi. Saya minta maaf sebab terlambat. Saya masih belajar untuk sesuaikan diri dengan suasana dan susun atur pejabat ni. Lepas ni, saya janji kerja saya akan lebih cepat dan sempurna dari sekarang", tutur Raisya lembut.

"Lagi satu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak tahu bukan sembarangan orang yang boleh masuk bilik encik." sambung Raisya dengan wajah polos.

Hari ini merupakan hari pertama Raisya bekerja di Berjaya Holding. Dia amat berterima kasih kepada Ameer kerana sudi menawarkan pekerjaan di sini walaupun sebagai kerani biasa. Dia tahu, dengan kelayakan yang dia ada, hanya jawatan itu yang sesuai di syarikat besar ini.

"Kau jangan nak berencik-encik dengan aku la Aisy. Aku kan kawan kau." sela Ameer.

"Tapi jawatan encik tinggi. Tak sesuai lah nak beraku kau saja." jawab Raisya lurus.

"Kau jangan mengada la Aisy. Kau panggil aku encik lagi, aku bagitahu bos suruh berhentikan kau. Nak?" soal Ameer.

"Eh,jangan lah macam tu. Yelah, ikut kau lah. Tapi, depan pekerja lain aku tetap panggil kau Encik Ameer tau," jawab Raisya lagi setelah lama berfikir.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya Encik Ameer. Opss, silap. Aku keluar dulu ya. Nanti panas punggung makwe lintah kau tu" kata Raisya lantas mengenyitkan sebelah matanya. Tahulah Ameer bahawa Raisya bergurau dengannya.

"Lain kali, kalau aku mintak apa-apa terus je masuk bilik aku. Nanti aku pesan kat Bella. Kalau aku tak ada urusan di luar, kita lunch sama-sama hari ini." kedengaran suara Ameer. Raisya yang sedang memulas tombol pintu untuk keluar terus berpaling. Dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk sebagai jawapan 'ya'.

Hilang sahaja kelibat Raisya dari pandangan, Ameer terus duduk di kerusi empuknya. Tergelak kecil dia dengan telatah Raisya. Walaupun sudah meningkat dewasa, sikap nakal dan keanak-anakkannya masih ada.
Baik hati, lurus dan penyayang. Sikap Raisya yang tidak pernah berubah dari dahulu. Itu yang membuatkan Ameer senang berkawan dengan Raisya.

************



bersambung lain kali :P






Rabu, 2 April 2014

Panduan B2B : Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum

AMARAN : ENTRY PANJANG BEBENO :P

Belum apa-apa nak bagi amaran siap-siap. Entry ni tersangatlah panjang hihi =D .Hari ni aku nak share dengan b2b kat luar sana. 1st time nak urus benda-benda ni mesti korang blur sikit kan. Geng aku la tu haha =D

Mesti dok tanya nak buat apa dulu, benda apa yang kena sedia, dah siap semua nak hantar kat sapa, nak suruh sapa sign dan bermacam-macam lagi la soalan dalam kelapa kepala korang yang tak terluah kan.

Haa, meh aku nak beritahu korang. Lepas ni tak payah la nak susah-susahkan mak bapak yang dah tua tu. Sendiri boleh settle maa hihi (baca dengan intonasi dan gaya cakap amoi-amoi dan apek-apek =P)


1st sekali, korang kena pergi kursus pra perkahwinan. Hari tu, aku dengan En Tunang mintak dekat Pusat Kursus TTDI tapi last minute diorang campak kitorang dekat Pusat Kursus WANIS. Walaupun agak tak selesa sebab dah terlebih muatan (sebab ramai jugak kes kena campak macam kitorang), pasrah je lah kan. Malas aku nak taip panjang-panjang pasal ejen tak bertanggungjawab tu. Bayaran untuk kursus RM80/seorang. Dengar cerita bayaran kursus dah naik. Kalau korang tau, bagi info kat aku ek =)


Ramai artis yang pernah datang berkursus kat WANIS ni.

Lepas tu, bila-bila korang free pergi buat HIV test. Untuk pengetahuan korang, test ni valid 6 bulan je tau. Buat kat klinik kesihatan (KK) yang berdekatan. Sesetengah KK kena buat temujanji dulu. Aku hari tu pergi kat KK Jinjang . Yang ni tak payah buat temujanji. Datang je, ambik borang, daftar, buat test, ambik result. SELESAI. Nak tau no telefon KK kat tempat korang,  klik je kat sini .


Aku tak tahu apa fungsi diorang bagi no giliran tu.
Panggil ikut nama, bukan ikut no pon. Serius tak faham huhu


Yang ni jangan lupa ok. Surat akuan bujang. Kalau majikan korang tu beragama Islam, boleh mintak dari diorang je. Kalau tak, korang buat satu surat , pergi suruh Ketua Kampung sign. Ikut format surat rasmi k. 
Nak tengok contoh?? meh usha kat sini

Sekarang, nak cerita pasal borang permohonan kebenaran berkahwin pulak. Untuk yang lelaki, korang kena isi Borang 2A. Dan bagi pompuan pulak, korang kena isi Borang 2C & Borang 2D. Korang daftar masuk kat sini. Isi, semak, hantar dan cetak. Untuk yang perempuan, korang jangan gelabah ayam pulak bila dah login tak de pulak borang 2D kan. Korang kena setelkan borang 2C dulu. Nanti baru borang 2D muncul hihi =D


Korang boleh klik button hijau tu je. So, nak tak nak kena
daftar atas no ic korang dan tunang korang ye.

Senarai semak permohonan nikah lelaki klik sini
Senarai semak permohonan nikah perempuan klik sini 

Ok, dah lengkapkan borang dan lampirkan dokumen yang diperlukan, korang kena dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah (PPN). Yang lelaki, bawak bersama 2 orang saksi. Yang perempuan pulak, bawak 2 orang saksi bersama wali. Lepas je dapat pengesahan daripada PPN, korang kena dapatkan kebenaran berkahwin daripada JAIS / PAID.


Lepas da settle semua ni, korang boleh la nak menggedik untuk berasa berdebar-debar menunggu masa untuk diijab kabulkan. YEEHAAAA....Eh,aku pun tengah counting days ni. Ok,start cuak balik haha =D


 PERINGATAN : Kalau pasangan yang berlainan daerah, selesaikan pihak lelaki punya dulu. Lepas dapatkan pegesahan daripada PPN dan kebenaran berkahwin dari JAIS / PAID, serahkan borang korang dekat cik tunang untuk dia submit bersama-sama borang dia. Kalau pasangan dari daerah yang sama, boleh hantar sama-sama.


Aku rasa ni je la kot prosedur dia. Kalau ada tambahan lain, nanti aku inform kan ok. Harap sedikit sebanyak membantu korang la walaupun ayat aku tonggang terbalik, terbalik tonggang >_<"

Jumpa lagi next entry...







Panduan B2B : Surat Akuan Bujang

Assalamualaikum

Entry ni aku nak share pasal Surat Akuan Bujang. PENTING ni tau. Setelah dok penat bergoogle, aku terjumpa contoh surat akuan bujang ni. Sapa-sapa yang tak tahu, meh tiru je yang ni.

Tarikh : ____________


Pejabat Hal EHwal Agama Islam
Pejabat Agama Islam Daerah _________
Kompleks Pentadbiran Kerajaan _________
Negeri _________
Tel : __________


Tuan / Puan,


PER : SURAT AKUAN BUJANG_____________________

Merujuk perkara di atas, saya yang bertandatangan seperti di bawah ini mengesahkan bahawa
_______________ No K/P : __________ adalah masih bujang dan belum pernah berkahwin.

2. Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan
beliau.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,



……………………………..
Nama Ketua Kampung
(No K/P : ____________)
Ketua Kampung ________


Jumpa lagi next entry..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...