Isnin, 7 April 2014

Tiada Yang Lain : BAB 1





“Dah besar anak ibu. Agaknya bila nak bagi menantu untuk  ibu ni?” soal ibu bernada gurau. Ku lihat sebaris senyuman terukir di sudut bibir nya.

“Mestilah. Dah 25 tahun ibu bersusah payah jaga Ameer kan. “ ujar ku tanpa menjawab pertanyaan nya.

“Kalau Ameer dah ada calon nanti cepat-cepat bagitahu ibu ya. Ibu teringin nak tengok Ameer di atas pelamin. Ibu pun sudah tua. Entah sempat atau tidak nanti.” Semakin sayu suara ibu. Lama aku terdiam.

“In shaa Allah, ibu. Jodoh maut di tangan Tuhan kan. “ jawabku tenang setelah lama berfikir. Ibu hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

Perbualan dengan ibu bagai terngiang-ngiang kembali. Sakit di dada bagai menyucuk-nyucuk mengenangkan permintaan ibu yang tidak sempat ku tunaikan.  Air mata seolah-olah sudah tidak dapat ku tahan dari terus mengalir.

“Sudahlah tu Ameer, aku harap kau tabah. Kau kan anak lelaki. Arwah ibu perlukan doa dari anak soleh macam kau, bukan air mata ni.” Pujuk Raisya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan. Segera kuambil lantas mengelap sisa air mata yang jelas kelihatan.

Raisya. Anak angkat ibu merangkap kawan karibku. Dialah yang menawarkan diri untuk menjaga ibu setelah mendapat tahu aku mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Kulihat wajahnya. Begitu tenang walaupun dapat ku kesan garis duka di matanya.

“Maafkan aku,Aisy. Aku terlupa. Aku terlalu kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah ibu,” kataku perlahan. Sebak kembali bertandang tapi segera kutahan  agar tiada lagi air mata lelaki yang mengalir.

“Aku faham perasaan kau sebab aku pun alami benda yang sama.” Tutur Raisya perlahan lantas terus bangun. Tidak manis pula duduk berdua begini walaupun masih ramai saudara mara dan jiran tetangga di rumah.

“Apa maksud kau Aisy? Kau pun tak dapat tunaikan permintaan ibu? Apa permintaan ibu tu?” soalku bertalu-talu kerana diasak perasaan ingin tahu. Tapi, Raisya hanya menjawab pertanyaan ku dengan sebuah gelengan yang tidak dapat kupastikan apa jawapannya.

Ameer biarkan sahaja kerana pada firasatnya, Raisya juga perlukan ruang untuk hapuskan rasa terkilannya.

************

"Eh, awak nak ke mana tu Raisya?" soal Bella, setiausaha Ameer Haiqal. 

"Encik Ameer minta saya bawa dokumen ini, cik Bella," jawab Raisya seraya menunjukkan fail di tangannya.

"Awak tak boleh suka-suka hati masuk bilik Encik Ameer. Sedar tak,awak tu cuma kerani biasa saja. Tak layak pun nak jejak lantai bilik Encik Ameer. Perempuan macam saya saja yang layak. Lain kali jangan memandai-mandai ya." tempelak Bella.

 "Muka tak cantik, baju tak berjenama, badan pun busuk, ada hati nak dekat dengan Encik Ameer," omel Bella lagi sambil merampas fail dari tangan Raisya.

Terdiam Raisya mendengar hinaan dari Bella tapi dengan segera dimaniskan wajahnya. 
"Saya minta maaf Cik Bella, saya tak tahu. Lain kali saya tak akan buat lagi," dengan rendah diri Raisya menjawab.

"Make sure awak ingat. Kalau tak, tahulah nasib awak." ugut Bella dengan mata yang membulat. 

Belum sempat Raisya menjawab, terdengar pintu bilik terbuka. Terjengul kepala Ameer Haiqal. Cepat-cepat Bella menyerahkan fail yang sedari tadi berada di tangannya.

"Apa yang saya dengar kecoh-kecoh tadi?" soal Ameer Haiqal tanpa menyambut huluran fail dari Bella.

"Raisya ni, suka-suka saja nak masuk bilik you. Nasib baik I sempat tahan. You jangan risau, I dah bagi warning pada budak mentah ni." adu Bella dengan liuk lentok lintaknya. 

 "Saya yang minta Raisya bawakan ke dalam bilik saya." tutur Ameer tegas.

"Raisya, bawa fail yang saya suruh tadi dan ikut saya ke dalam sebentar." arah Ameer pula kepada Raisya. Laju Raisya mengangguk sebelum meminta fail dari Bella. Sempat matanya menangkap keruhya muka Bella apabila mendengar Ameer seolah-olah membelanya.

Cepat kakinya melangkah mengikut rentak kaki Ameer. Selepas itu, pintu bilik di tutup perlahan.

"Encik Ameer, ini dokumen yang encik minta tadi. Saya minta maaf sebab terlambat. Saya masih belajar untuk sesuaikan diri dengan suasana dan susun atur pejabat ni. Lepas ni, saya janji kerja saya akan lebih cepat dan sempurna dari sekarang", tutur Raisya lembut.

"Lagi satu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak tahu bukan sembarangan orang yang boleh masuk bilik encik." sambung Raisya dengan wajah polos.

Hari ini merupakan hari pertama Raisya bekerja di Berjaya Holding. Dia amat berterima kasih kepada Ameer kerana sudi menawarkan pekerjaan di sini walaupun sebagai kerani biasa. Dia tahu, dengan kelayakan yang dia ada, hanya jawatan itu yang sesuai di syarikat besar ini.

"Kau jangan nak berencik-encik dengan aku la Aisy. Aku kan kawan kau." sela Ameer.

"Tapi jawatan encik tinggi. Tak sesuai lah nak beraku kau saja." jawab Raisya lurus.

"Kau jangan mengada la Aisy. Kau panggil aku encik lagi, aku bagitahu bos suruh berhentikan kau. Nak?" soal Ameer.

"Eh,jangan lah macam tu. Yelah, ikut kau lah. Tapi, depan pekerja lain aku tetap panggil kau Encik Ameer tau," jawab Raisya lagi setelah lama berfikir.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya Encik Ameer. Opss, silap. Aku keluar dulu ya. Nanti panas punggung makwe lintah kau tu" kata Raisya lantas mengenyitkan sebelah matanya. Tahulah Ameer bahawa Raisya bergurau dengannya.

"Lain kali, kalau aku mintak apa-apa terus je masuk bilik aku. Nanti aku pesan kat Bella. Kalau aku tak ada urusan di luar, kita lunch sama-sama hari ini." kedengaran suara Ameer. Raisya yang sedang memulas tombol pintu untuk keluar terus berpaling. Dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk sebagai jawapan 'ya'.

Hilang sahaja kelibat Raisya dari pandangan, Ameer terus duduk di kerusi empuknya. Tergelak kecil dia dengan telatah Raisya. Walaupun sudah meningkat dewasa, sikap nakal dan keanak-anakkannya masih ada.
Baik hati, lurus dan penyayang. Sikap Raisya yang tidak pernah berubah dari dahulu. Itu yang membuatkan Ameer senang berkawan dengan Raisya.

************



bersambung lain kali :P






Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...