Rabu, 7 Januari 2015

Diari Mengandung - Kena Campak Masa Usia Kandungan 21 Minggu

Assalamualaikum..
Hai peeps..

Entry kali ni kita sambung dengan kisah diari mengandung pulak..macam dah lama tak buat entry diari mengandung kan..

Malas nak intro panjang-panjang, karang merepek nya entah ke mana-mana..korang bukan tak tau aku ni, tajuk lain intro membebel pasal lain..tak ke haru haha..

Nak dijadikan cerita, tengah seronok-seronok dapat rasa baby menendang, menumbuk ke tah hapa dia buat dalam perut ni, tiba-tiba Tuhan bagi aku ujian..entah macam mana aku terkena demam campak atau bahasa omputihnya ciken pox..aku syak jangkit dari abang aku sebab sebelum tu aku ada melawat dia kat hospital..masa tu dia saspek denggi dan demam campak sekali gus..aku ada la pegang-pegang tangan ngan kepala dia, lepastu terlupa nak basuh tangan T__T..salah sendiri kan huhu..

Esoknya dah rasa tanda-tanda nak demam..dengan sakit tekak, susah nak bernafas, badan pun jap panas jap sejuk..pastu kat tapak tangan ada seketul ruam yang ada air tu (orang panggil apa tah)..aku tunjuk la dekat suami aku..aku cakap aku nak kena campak kot..badan pun tak sedap dah ni..suami aku balas "tak kot..kecik-kecik dulu dah pernah kena kan..nanti hilang la bintik ni..badan tu tak cukup rehat, sebab tu rasa macam nak demam"..kebetulan sebelum tu aku pergi kenduri kahwin sepupu suami aku dekat Gombak..balik lambat jugak la dalam pukul 11.00 malam camtu..then, singgah rumah mak mertua hantar lauk kenduri..rushing pulak pergi Hospital Sungai Buloh, jenguk abang aku..dekat pukul 3 pagi baru sampai rumah..dalam hati aku iakan je la, betul jugak apa suami aku cakap..

Dipendekkan cerita, hari Selasa tu suami aku mintak cuti nak bawak aku pergi klinik sebab dah banyak bintik-bintik tumbuh kat muka, badan n kepala..dah cek dengan doktor, sahla aku kena demam campak..terus doktor kat klinik buat surat suruh refer hospital..bermulalah rutin aku sebagai pengidap campak..azabnya Allah saja yang tau..suami aku gigih gugel macam mana cara cepat nak sembuhkan campak..mana taknya, kesian kat aku kot..dengan selera makan hilang, tidur tak menentu, asek mengaduh je siang malam huhu..lagi satu takut tengok muka aku yang dah macam tepung gomak agaknya..ye la, penuh satu muka aku sapu ubat dia haha..

dekat 2 minggu jugak lah aku ambik mc..bukan saja-saja tau, doktor yang bagi..alhamdulillah, akhirnya sembuh jugak..time kena tu aku tak pikir pasal parut ke, apa ke..aku pikir baby je..doa-doa dia selamat n sihat je..tapi, lepas dah sihat n boleh pergi kerja, sentap jugak la tengok muka banyak parut huhu..lama aku menung depan cermin, nak g kerja ke tak..muka dah la penuh parut-parut hitam, banyak kulit mengelupas pulak tu..malu kot huhu..lama suami aku pujuk, baru la aku siap-siap dengan hati yang berat haha..

Alhamdulillah, semalam dah buat detail scan dekat Hospital Sungai Buloh..so far, perkembangan baby aku normal je..tak ada kecacatan pada tulang, otak atau organ dalaman baby..syukur sangat-sangat..dan semalam jugak baru dapat tau jantina baby..bukan main mengangkang baby time doktor nak scan..tak senonoh betul anak mama ye..tergelak-gelak suami aku..muka eksaited betul masa doktor tunjuk mata, hidung, n mulut baby yang tengah terbukak (ekceli aku punya eksaited lagi berganda-ganda kot hihi)..

Alhamdulillah,syukur..doakan kesejahteraan kami sekeluarga ya..(^^,)

Jumaat, 26 Disember 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Musim Ke-2

Assalamulaikum..
hai peeps..




lame nye jari aku tak exercise kat sini..rase keras berkematu dah ni hihi..dah lame tak update kat blog picisan ni..kesihatan aku tak mengizinkan..ni pun baru baik dari ciken pox..sedih sebab kesian kat baby ngan diri sendiri huhu..next entry la aku bercerita pasal ni tau..doakan baby aku ok, sihat walafiat..

hari ni nak bercerita pasal satu program dakwah kat astro ni..pencetus ummah name nye..korang mesti tau kan..mule2 aku tak tau pun ada program macam ni kat tv..almaklumlah, aku ni bukan jenis yang suka tengok tv sangat..suami aku la yang dok ngajak tengok..last2, memang tak boleh tinggal..tiap2 malam khamis pukul 9/10 dah tercongok depan tv tunggu cite ni start..

semalam, mimbar akhir pencetus ummah musim ke-2..eksaited sangat nak tengok..dah setelkan sume keje sebab nak fokus tengok cite ni je nanti..alih2, lepas maghrib suami ngajak ziarah mak mertua pulak..redho je lah..pujuk hati nanti boleh tengok siaran ulangan huhu..tapi, akhirnya dapat tenngok yang live jugak sebab kul 9.15 macam tu suami ajak balik (hooreyyy!!!! jerit dalam hati je hihi)

suami aku awal2 dah agak PU Azman yang jadi juara sebab dia kate tiap2 minggu cara persembahan dia konsisten, isi ceramah padat, dengan cara dia ceramah yang seronok walaupun kadang2 pedas gak sindiran dia, pastu soalan dari penonton / juri semua dia dapat jawab dengan betul n yakin..

Tahniah kepada PU Azman yang menjadi JUARA PU Musim Ke-2, diikuti PU Faiz sebagai NAIB JUARA, PU Yusuf tempat ketiga dan PU Lokman tempat keempat.. tak sabar nak tunggu pencetus ummah musim ke-3 pulak ^__^




















Jumaat, 31 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Ikan Bilis Goreng Cili Padi

Assalamualaikum..
hai peeps..

resipi ni paling nyaman di makan dengan apa2 saje, bila2 masa je..makan dengan nasik putih boleh, dengan pulut boleh, dengan lempeng pun boleh, dengan roti bom pun sodap, dengan cucuq bawang pun ok, makan dengan nsik lemak lagi umphhhh baq ang..

malaih nak intro panjang2..jom kita tengok bahan2 ngan cara nak buat lauk ringkas ni..

bahan-bahan :

ikan bilis
cili padi
bawang merah
bawang putih
belacan
asam keping

cara-cara :

1. tumbuk cili padi + bawang merah + bawang putih + belacan
2. agak dah lumat, + ikan bilis. tumbuk kasar2 je..
3. panaskan minyak. masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
4. agak cili dah masak, masukkan asam keping.
5. tambahkan perasa. biarkan garing sikit.
6. siap dihidang.

* masukkan garam sikit masa menumbuk. cepatkan proses melumat hihi..

* boleh tambah kentang, sayur buncis, terung, apa2 la ikut kreativiti korang.

* sebelum letak perasa, rasa dulu..sebab belacan dah masin..tambah lagi garam masa menumbuk tadi..taknak darah tinggi, sila rasa dulu ye..

p/s : ad mase aku tepek gambo ye..

Rabu, 29 Oktober 2014

Giveaway RM700 “Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11” by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Selasa, 28 Oktober 2014

Woman Vs Man

Assalamualaikum..
hai peeps..



setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan dalam diri masing2..terpulang kat diri sendiri macam mana nak gunakan kelebihan yang ada disamping menerima kekurangan tersebut seadanya..tapi kali ni aku nak story pasal woman vs man..dah nama pun laki pompuan kan, mana nak sama perangai nya..moh kita layan..

1. banyak cakap
aku baru perasan yang perempuan ni kalau bercakap susah nak stop..kalau dulu2 dikelilingi dengan kawan2 perempuan mana nak perasan kan sebab semua nya macam tu..tak kisah hal sekecik apa pun, mesti nak bercerita sesama sendiri..dari hal yang sekecik toek tu, bila disambung2 masuk terus ke topik lain, dan akan bersambung dengan topik lain..dan begitu la seterusnya..dah gitu, memang takde penghujung la kan..

aku teringat zaman study dulu..aku ada seorang kawan baik merangkap classmate, housemate & roomate aku..walaupun 24jam aku memang dengan dia, tapi tiap2 masa ada je benda yamg kami borakkan..sampai masa nak tido pun, mata dah terpejam tapi mulut still pokpekpokpek sampai salah sorang tertidur sendiri..

dulu aku ingat perkara tu biasa je..tapi sejak dah kawin ni...

aku : pokpekpokpek bla bla bla......(semangat dok bercerita dari ruang tamu sampai la ke bilik tidur)
hubby : sayang, nak tidur ke nak bercakap lagi ni..
aku : gulp...(terus senyap & pejam mata)

2. daya ingatan yang baik
bab ni, konfem perempuan la yang juara kan..memang tak dinafikan lagi..cer tanya bila 1st time jumpa, jumpa kat mana, pakai baju apa, berapa kali dating dalam sebulan, wayang pertama yang tengok sama2 bahkan perkara yang dah bertahun2 terjadi pun konfem makwe2 masih ingat lagi dengan jaya nya..

try pulak tanya pakwe2, bukan takat yang dah bertahun2 tu dia lupakan, apa yang jadi minggu lepas pun dia boleh lupa..yang lagi haru, baru semalam buat pun berjam2 dia fikir sebelum jawab..haha apa ke teruk beno kan.. 

tapi, bila nak cari barang....

aku : kat mana saya letak anak tudung ni ha??
hubby : ce cari kat meja tepi almari tu..selalu sayang letak kat situ..
aku : aah, dah jumpa..lupa selalu letak situ hihi

tak pun, benda penting yang kena bawak pergi ofis...

hubby : sayang ada bawak tak envelope yang sayang cakap nak bawak semalam..
aku : alaaa..ada dalam bilik..nasib b ingatkan..
hubby : jangan lupa jam dengan cincin kat meja solek..lepas tu ubat sekali..
aku : okey -_-

3. tahap sensitiviti yang tinggi
ni pun masih perempuan yang jadi juara..selalunya perempuan akan lebih sensitif akan keadaan pasangan masing2..kalau ada apa2 yang tak kena dengan pasangan dia, cepat je perempuan akan dapat tau..kalau pasangan dia ada masalah, cepat je perempuan dapat tangkap..kalau pasangan dia ada sorokkan something pun, cepat je perempuan dapat hidu..so, beware ye kaum adam.. kami para isteri ni dikurniakan 6th sense yang sangat hebat tau hihi..

aku : b ada masalah ke?
hubby : eh, takde lah..kenape??
aku : kalau takde pape, kenapa muka macam tu??
hubby : macam apa?? macam biasa la ni kan?
aku : cakap la..b nape...
hubby : hmm tadi kan bla bla bla (start cite problem dia)

tapi, lelaki pandai jugak alih topik supaya kita tak terus tanya kat dia..macam ni la..

aku : b ada masalah ke?
hubby : eh, takde lah..kenape??
aku : kalau takde pape, kenapa muka macam tu??
hubby : cakap la muka b dah bertambah hensem dari dulu..nak puji b cakap je la..malu2 pulak..
aku : eh eh, perasan je..sape kate b hensem..

tengokkk, topik dah beralih serta merta kan..bijakkk hihi..

walau apa pun, setiap pasangan diciptakn berbeza watak dan kelebihan untuk saling melengkapi antara satu sama lain..jangan la korang mengharap pasangan korang 100% perfect sebab diri kita sendiri pun tak perfect cenggitu kan..bertolak ansur tu penting untuk keharmonian rumah tangga..jangan asyik mengeluh atau mengharap pasangan jadi macam yang korang inginkan..kang pasangan korang lari tinggal korang baru melopong tak sudah..yang mana kurang tu, perlahan2 akan dapt dibaiki..bagi masa untuk sama2 perbaiki diri ke arah kebaikan..sayangi rumah tangga masing2 hokeyyy..


Ciri-ciri Pakwe Yang Patut Korang Tinggalkan

Assalamualaikum..
Hai peeps..


entry kali ni khas untuk kawan2 makwe aku je tau..sekarang dah macam satu trend pulak kan semua nak berpakwe2..yang dah beso tu lain cite lah, ini yang kecik toek pun dah pandai ber'sayang2', 'mama2', 'papa2'..entry ni boleh dijadikan panduan untuk elakkan korang dari lelaki2 berhidung belang yang ramai kat luar sana..kawan2 pakwe pun kalau nak baca dialu2kan dan dipersilakan tinggal perangai yang tak semenggah tu tau..

1. pakwe jenis bapak2
nak pergi mana2 WAJIB bagitahu dia dulu..konon untuk dapatkan keizinan untuk keluar la..kalau dia tak bagi keluar, alamat memerap la kau kat rumah tak dapat bergaul dengan kawan2 sebaya kau. yang baiknya, korang dapat elakkan membazir masa buat perkara lagha dengan kawan2 korang. yang tak eloknya pulak, sampai nak pergi tuisyen pun tak boleh..apekes gitu kan..lagi haru kalau mak/ayah suruh pergi kedai tolong belikan barang..pakwe pulak tak bagi keluar..last2 bagi alasan macam2 kat mak/ayah sebab nak taat dengan pakwe punya pasai..otak kat mana diknon oi..dah sah2 ke diorang ni jodoh korang..

2. pakwe jenis polis pencen
makwe : saya kena pergi tuisyen tau hari ni..wajib semua pergi..
pakwe : bila?? kat mana?? pukul berapa?? berapa jam?? pergi dengan siapa nanti?? pergi naik apa?? lepas tu nak pergi mana lagi?? ohhhh dah pandai ye bla bla bla.......................................................................................
dia punya soalan kalah peluru berpandu..tak sempat nak jawab, soalan lain pulak yang keluar..aduhhh......

3. pakwe jenis 18sx
haaa yang ni aku paling pantang..belum apa2 dah mintak bukan2..bukti sayang la, bukti cinta la..yang jenis ni dari mula memang patut korang jauhkan ye..sebab apa, lelaki jenis ni sangat pandai menggunakan ayat2 manis untuk pancing korang bagi apa yang diorang nak..mula2 gambar freehair, pastu gambar seksi sikit, pastu mintak gambar bogel pulak..tak cukup gambar, nanti start pegang2 sikit..raba2 pastu ohmaiii..korang boleh agak kan..sebelum apa2 tunjuk dulu bukti korang sayang mak ayah ye..ini tak, mak ayah bersengkang mata membanting tulang 4 kerat nak bagi korang makan, nak sekolahkan korang, korang taknak pulak tunjuk sayang korang tu macam mana..

4. pakwe panas baran / kaki pukul
ni lagi satu ciri2 pakwe yang patut korang jauhkan..takde sebarang ikatan yang sah lagi dah laju tangan kaki naik kat badan korang..salah sikit, dapat habuan penerajang jurus 14..ada je yang tak kena kat mata diorang, siap la badan korang ada cop2 mohor nanti..macam ni ke lelaki yang korang nak..ada kes sanggup kena penumbuk penerajang semua atas tiket dah terlampau sayang..korang tau tak peritnya mak korang lahirkan korang..tau tak macam mana susahnya mak ayah menjaga korang siang malam..kena gigit nyamuk pun dah risau semacam, dah gelabah letak krim, pasang ubat nyamuk, pakaikan kelambu kat korang..bila korang dah besar, senang2 je tadah badan kat pakwe biar kena belasah..

5. pakwe jenis cemburu buta
jenis yang si makwe tak boleh berkawan dengan siapa2 kecuali dia sorang je..jenis yang si makwe tak boleh keluar dengan siapa2 kecuali dia sorang je..jenis yang suka serkap jarang..yang suka menuduh itu ini bila si makwe lupa nak inform dia pergi mana/ keluar dengan siapa..kalau jumpa jenis yang macam ni, sila angkat kaki awal2 ye..bukan apa, cemburu buta tu bahaya weyh..teruknya sampai boleh membunuh kalau dia tak puas hati..fikir2 masa depan ye sayang2 sekelian..

untuk kawan2 makwe aku, sebelum korang nak bercinta tu pastikan kenal betul2 dengan siapa korang nak berkawan tu..tapi, susah nak tau hati budi orang kan..rambut sama hitam, hati belum tentu sama lagi..since korang tau je perangai diorang tu macam mana, elok korang jauhkan la ye..sayang diri sendiri uitt..

Isnin, 27 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Epal Asam Boi

Assalamulaikum..
Hai peeps..

sekarang ni bukan main hot lagi kan mangga asam boi la, epal asam boi la, nanas asam boi la..kalau boleh semua buah nak dibuat jeruk asam boi..kalau bukak fb tu, mau menitik air liur aku sebab teringin gila nak rasa.. hebat sangat ke rasa dia sampai semua post pasal tu..

nak beli, rasa macam tak berbaloi..boleh buat sendiri kot..esoknya gigih mengajak en suami mencari mangga tapi apakan daya mangga yang dicari tak ditemui (dramatik sungguh kan hihi)..last2 beli epal hijau dengan epal merah je..boleh la kan dari takda langsung..ni aku buat untuk sebalang kecik je..

bahan-bahan :
epal - 3 bijik
asam
cili padi - 3 bijik
gula - 2 sdb
garam - 1 sdk

cara-cara : 
1. potong epal - saiz ikut suka. basuh dan toskan.


2. masukkan potongan epal dalam balang. tambahkan gula dan garam.


3. masukkan asam. kuantiti ikut suka korang. 


4. potong cili padi kecik2. masukkan dalam campuran epal dengan asam tadi.



5. pastu, goncang2 kan balang. buat sampai otak rasa bergegar haha..dahtu, simpan dalam peti ais 4-5 jam. siap dihidang (",)


* boleh ganti dengan buah2 yang korang suka.
* kalau boleh guna asam boi la..aku guna apa yang ada kat rumah je :)

* kalau nak lagi pedas, sila tambah kauntiti cili. bagi aku, 3 bijik cili untuk balang kecik ni dah cukup2 rasa dah hihi.

selamat mencuba...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...