Assalamulaikum..
Hai peeps..
sekarang ni bukan main hot lagi kan mangga asam boi la, epal asam boi la, nanas asam boi la..kalau boleh semua buah nak dibuat jeruk asam boi..kalau bukak fb tu, mau menitik air liur aku sebab teringin gila nak rasa.. hebat sangat ke rasa dia sampai semua post pasal tu..
nak beli, rasa macam tak berbaloi..boleh buat sendiri kot..esoknya gigih mengajak en suami mencari mangga tapi apakan daya mangga yang dicari tak ditemui (dramatik sungguh kan hihi)..last2 beli epal hijau dengan epal merah je..boleh la kan dari takda langsung..ni aku buat untuk sebalang kecik je..
bahan-bahan :
epal - 3 bijik
asam
cili padi - 3 bijik
gula - 2 sdb
garam - 1 sdk
cara-cara :
1. potong epal - saiz ikut suka. basuh dan toskan.
2. masukkan potongan epal dalam balang. tambahkan gula dan garam.
3. masukkan asam. kuantiti ikut suka korang.
4. potong cili padi kecik2. masukkan dalam campuran epal dengan asam tadi.
5. pastu, goncang2 kan balang. buat sampai otak rasa bergegar haha..dahtu, simpan dalam peti ais 4-5 jam. siap dihidang (",)
* boleh ganti dengan buah2 yang korang suka.
* kalau boleh guna asam boi la..aku guna apa yang ada kat rumah je :)
* kalau nak lagi pedas, sila tambah kauntiti cili. bagi aku, 3 bijik cili untuk balang kecik ni dah cukup2 rasa dah hihi.
* kalau nak lagi pedas, sila tambah kauntiti cili. bagi aku, 3 bijik cili untuk balang kecik ni dah cukup2 rasa dah hihi.
selamat mencuba...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan