Selasa, 28 Oktober 2014

Ciri-ciri Pakwe Yang Patut Korang Tinggalkan

Assalamualaikum..
Hai peeps..


entry kali ni khas untuk kawan2 makwe aku je tau..sekarang dah macam satu trend pulak kan semua nak berpakwe2..yang dah beso tu lain cite lah, ini yang kecik toek pun dah pandai ber'sayang2', 'mama2', 'papa2'..entry ni boleh dijadikan panduan untuk elakkan korang dari lelaki2 berhidung belang yang ramai kat luar sana..kawan2 pakwe pun kalau nak baca dialu2kan dan dipersilakan tinggal perangai yang tak semenggah tu tau..

1. pakwe jenis bapak2
nak pergi mana2 WAJIB bagitahu dia dulu..konon untuk dapatkan keizinan untuk keluar la..kalau dia tak bagi keluar, alamat memerap la kau kat rumah tak dapat bergaul dengan kawan2 sebaya kau. yang baiknya, korang dapat elakkan membazir masa buat perkara lagha dengan kawan2 korang. yang tak eloknya pulak, sampai nak pergi tuisyen pun tak boleh..apekes gitu kan..lagi haru kalau mak/ayah suruh pergi kedai tolong belikan barang..pakwe pulak tak bagi keluar..last2 bagi alasan macam2 kat mak/ayah sebab nak taat dengan pakwe punya pasai..otak kat mana diknon oi..dah sah2 ke diorang ni jodoh korang..

2. pakwe jenis polis pencen
makwe : saya kena pergi tuisyen tau hari ni..wajib semua pergi..
pakwe : bila?? kat mana?? pukul berapa?? berapa jam?? pergi dengan siapa nanti?? pergi naik apa?? lepas tu nak pergi mana lagi?? ohhhh dah pandai ye bla bla bla.......................................................................................
dia punya soalan kalah peluru berpandu..tak sempat nak jawab, soalan lain pulak yang keluar..aduhhh......

3. pakwe jenis 18sx
haaa yang ni aku paling pantang..belum apa2 dah mintak bukan2..bukti sayang la, bukti cinta la..yang jenis ni dari mula memang patut korang jauhkan ye..sebab apa, lelaki jenis ni sangat pandai menggunakan ayat2 manis untuk pancing korang bagi apa yang diorang nak..mula2 gambar freehair, pastu gambar seksi sikit, pastu mintak gambar bogel pulak..tak cukup gambar, nanti start pegang2 sikit..raba2 pastu ohmaiii..korang boleh agak kan..sebelum apa2 tunjuk dulu bukti korang sayang mak ayah ye..ini tak, mak ayah bersengkang mata membanting tulang 4 kerat nak bagi korang makan, nak sekolahkan korang, korang taknak pulak tunjuk sayang korang tu macam mana..

4. pakwe panas baran / kaki pukul
ni lagi satu ciri2 pakwe yang patut korang jauhkan..takde sebarang ikatan yang sah lagi dah laju tangan kaki naik kat badan korang..salah sikit, dapat habuan penerajang jurus 14..ada je yang tak kena kat mata diorang, siap la badan korang ada cop2 mohor nanti..macam ni ke lelaki yang korang nak..ada kes sanggup kena penumbuk penerajang semua atas tiket dah terlampau sayang..korang tau tak peritnya mak korang lahirkan korang..tau tak macam mana susahnya mak ayah menjaga korang siang malam..kena gigit nyamuk pun dah risau semacam, dah gelabah letak krim, pasang ubat nyamuk, pakaikan kelambu kat korang..bila korang dah besar, senang2 je tadah badan kat pakwe biar kena belasah..

5. pakwe jenis cemburu buta
jenis yang si makwe tak boleh berkawan dengan siapa2 kecuali dia sorang je..jenis yang si makwe tak boleh keluar dengan siapa2 kecuali dia sorang je..jenis yang suka serkap jarang..yang suka menuduh itu ini bila si makwe lupa nak inform dia pergi mana/ keluar dengan siapa..kalau jumpa jenis yang macam ni, sila angkat kaki awal2 ye..bukan apa, cemburu buta tu bahaya weyh..teruknya sampai boleh membunuh kalau dia tak puas hati..fikir2 masa depan ye sayang2 sekelian..

untuk kawan2 makwe aku, sebelum korang nak bercinta tu pastikan kenal betul2 dengan siapa korang nak berkawan tu..tapi, susah nak tau hati budi orang kan..rambut sama hitam, hati belum tentu sama lagi..since korang tau je perangai diorang tu macam mana, elok korang jauhkan la ye..sayang diri sendiri uitt..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...