Jumaat, 31 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Ikan Bilis Goreng Cili Padi

Assalamualaikum..
hai peeps..

resipi ni paling nyaman di makan dengan apa2 saje, bila2 masa je..makan dengan nasik putih boleh, dengan pulut boleh, dengan lempeng pun boleh, dengan roti bom pun sodap, dengan cucuq bawang pun ok, makan dengan nsik lemak lagi umphhhh baq ang..

malaih nak intro panjang2..jom kita tengok bahan2 ngan cara nak buat lauk ringkas ni..

bahan-bahan :

ikan bilis
cili padi
bawang merah
bawang putih
belacan
asam keping

cara-cara :

1. tumbuk cili padi + bawang merah + bawang putih + belacan
2. agak dah lumat, + ikan bilis. tumbuk kasar2 je..
3. panaskan minyak. masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
4. agak cili dah masak, masukkan asam keping.
5. tambahkan perasa. biarkan garing sikit.
6. siap dihidang.

* masukkan garam sikit masa menumbuk. cepatkan proses melumat hihi..

* boleh tambah kentang, sayur buncis, terung, apa2 la ikut kreativiti korang.

* sebelum letak perasa, rasa dulu..sebab belacan dah masin..tambah lagi garam masa menumbuk tadi..taknak darah tinggi, sila rasa dulu ye..

p/s : ad mase aku tepek gambo ye..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...