Isnin, 5 Mei 2014

GASTRIK!!!!!!! Apa Nak Buat??

Assalamualaikum..




sape pernah kena gastrik?? korang pernah?? kalau tak pernah kena pun mesti dapat imagine kan macam mana tahap kesakitan dia. tengok, badan taff otot berketul-ketul pun tak mampu menahan sakit akibat gastrik ni. 

aku pun tak pernah kena gastrik ni and hope sampai bila-bila la penyakit ni tak datng kat aku. bukan apa, aku rasa badan aku yang kecik molek ni takkan mampu tahan sakit yang macam tu punya sakit. bape banyak nak ulang 'sakit' tah. harap korang paham ayat kurang cerdik aku ni -_-"

alkisahnya, minggu lepas tetibe en tunang mengadu sakit perut. aku ingat sakit biasa la. aku suruh en tunang beli ENO halia dengan ubat cap helang. alaaa, yang ubat untuk sakit perut tu la. tu je ubat yang terlintas kat paleotak aku. lagipun time tu pagi lagi kan. klinik berdekatan pun tak bukak lagi. 





sampai kat ofis je, en tunang kata dia dah telan ubat cap helang tu. aku ingat dah ok la. dalam kul 10, aku dapat mesej dari en tunang. dia cakap dia dah ada kat klinik. aku pun macam terkejut la. takkan teruk sangat sakit dia sampai kena pergi klinik. time ni dia cakap dah rasa pening-pening, loya-loya nak muntah, rasa nak pitam la, semua complete. lepas dah cek dokter barulah dia tau dia kena gastrik rupanya.

seminggu jugak lah en tunang menanggung siksa akibat gastrik tu. aku yang tengok pun rasa kesian je. yela, kalau hari biasa selalu dia usik aku, senyum kat aku. time kena gastrik tu, muka berkerut je setiap masa. mulut dah tak pandai nak senyum da. bermula la kisah aku sebagai dokter tak bertauliah a.k.a mak minah bebel. mane tak nya, hari-hari aku ingatkan dia supaya jangan skip waktu makan. kalau tak selera pun jamah la apa-apa untuk alas perut. kalau degil, siap-siap la pasang telinga dengar syarahan aku.

ada sehari tu, dia cakap perut dia sakit lagi. aku sebagai dokter tak bertauliah a.k.a mak minah bebel pun mula la dok menyoal macam polis pencen. tadi makan tak?? ubat dah makan belum?? tapiii, jawapan dia semua YA. so, aku pun pikir la awat boleh sakit lagi kan. tetibe, aku terpikir nak tanya dia makan apa. dia jawab, tadi teringin nak makan megi. singgah kedai, oder megi la. aku pun tanya mr google. rupa-rupanya orang gastrik tak boleh makan megi. nanti lagi teruk. banyak rupanya pantang larang orang gastrik ni. sekarang aku dok suruh dia jaga makan la sebab majlis pun dah dekat ni. apekes pengantin berkerut-kerut dahi sampai bercantum kening time atas pelamin kan. dah macam kena kawen paksa pulakkk.

korang-korang yang pernah kena or tau pasal gastrik ni share la dengan aku ek. ada ubat ke, vitamin ke, supplement ke untuk hilangkan gastrik ni, roger-roger la aku tau.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...