Jumaat, 16 Januari 2015

Ini Je Yang Mampu

Assalamualaikum..
Hai peeps..

Pagi tadi aku kemalasan yang amat untuk buat bekfes..tapi gagahkan jugak buat bekfes suami sebab dia tengah berdiet sekarang..sebagai isteri yang memahami, ofkoslah aku support suami aku kan..lagipun senang je..

pagi tadi aku buatkan dia kebab atkin sempoi..sebab apa nama dia camtu??suka hati aku lah..aku punya resepi kan hihi (resepi la sangat wekkk)..nanti aku share resepi dia kat next entry ye..

aku punya sarapan??cumalah sekotak susu full cream ducth lady dengan 3 ketoi bun cekelat yang amat lazat ni hihi..tekak aku tak dapat telan sarapan diet suami aku tu huhu..


Nak tau resepi kebab atkin sempoi??klik sini je

Selasa, 13 Januari 2015

Dilarang Beri Makan Kucing

Assalamualaikum..
Hai peeps..


alahai..tengah-tengah syok jalan, tetibe datang kucing mengiau dekat kaki korang mintak makanan, sampai hati tak korang nak biar je..

tengok pulak, badan kucing tu kurus ya amat..sampai nampak tulang-tulang terbonjol bawah bulu yang kusam..sampai hati tak korang nak tengok je..

dah tu, dia ikut je kat langkah kaki korang sambil tengok dengan pandangan mengharapkan sesuatu..sampai hati tak korang nak halau..

Allah, orang yang takde hati perut je boleh buat macam tu..takkan langsung takde perasaan belas kasihan kat makhluk comel tu..

tak rugi berbuat baik sesama makhluk lain..next time aku share cerita pasal suami aku dengan kucing..janji hihi 



Semak Status BR1M 2015

Assalamualaikum..
Hai peeps..

Dari semalam aku dok baca kat fb ramai cakap duit BR1M dah masuk..hanya mampu baca je..den tak meraso la huhu T__T

tapi, ramai jugak yang cakap masih belum dapat lagi..aku pun tak tau sistem agihan dia macam mana..tapi mengikut sumber, pemegang akaun CIMB dan Bank Rakyat akan dapat dulu iaitu pada 11/01/2015..pastu diikuti bank-bank lain..

yang masih tak dapat lagi, harap bersabar ya..kalau nak tau status permohonan korang, boleh klik link kat bawah ni.

 Cek Status Permohonan BR1M 2015


Nanti dia akan keluar macam ni..korang isi la no ic korang..lepas tu, akan ada soalan-soalan berkaitan..jawab betul-betul (dah macam exam pulak ada soalan bagai kan hihi)..dah ok semua, akan keluar la status permohonan korang tu.

kalau yang dah terima, dia akan keluar macam ni..bolehlah cek secara online..yang takde tu, bolehlah cek dekat ATM tapi macam biasa lah..mesti sesak kan.. 


 kalau yang masih dalam proses pulak, akan keluar macam ni..


harap bersabar tau, sebab PM umum 15/1/2015 baru dapat kan..kepada yang bujang-bujang, harap gunakan duit tu untuk benda-benda yang berfaedah ye..kepada yang dah berkeluarga, mesti dah ada perancangan kan..semestinya lebih menjurus kepada anak-anak..apa-apa pun, gunakan untuk keperluan bukan mengikut kehendak ^__^

sedikit info untuk korang..




Isnin, 12 Januari 2015

Anak-anak Buah Kesayangan

Assalamualaikum..
Hai peeps..

masuk tahun 2015 ni, dah bertambah satu angka umur aku..semalam masa lepak-lepak dengan suami aku depan tv, dok borak-borak pasal umur..

aku : dah tua kan b ni..tahun ni 29..tahun depan dah 30-an..tuanyaaaaa..masa kita kenal b baru 26 kan hahahaha (sambil gelak mengusik)

suami : eh, anje pun makin tua la..bukan b sorang..

aku : eh, baru 25..kira muda lagi ni tau..(sambil gelak-gelak lagi..syok sangat mengusik orang haha)

suami : nampak sangat dah tuanya ni..umur sendiri pun dah tak ingat..sekarang anje dah 26 tau..

aku : (sambil congak-congak kira) erkkk, aah la..dah 26 la..sama-sama tua lah kita hihi..

pastu, suami aku pulak gelakkan aku haha..

okey, tutup cerita pasal umur ni..korang takyah nak gelak sangat..korang pun makin tua..ngaku je la haha..

hari ni nak bercerita pasal anak-anak buah kesayangan aku..entry yang agak panjang sebab anak buah aku ramai hihi..bertabahlah korang baca ye..mud menaip mencanak-canak ni hihi..aku rapat dengan anak-anak buah aku, lagi-lagi anak kakak aku yang sulung..sebabnya, mak aku yang jaga diorang semua..dulu, tiap-tiap hari balik kerja mesti ada diorang..belum time cuti lagi..dari pagi sampai malam ada kat rumah mak aku..kadang-kadang semua berebut nak tidur kat rumah mak aku..

masa mula-mula kahwin dulu aku terasa jugak lah sunyi..yelah, dah kahwin kena la duduk dengan suami kan..rindu semuanyaaaa..rindu mak, rindu suasana rumah, rindu bilik tidur, rindu anak-anak buah..kadang-kadang rindu tu sampai keluar air mata huhu..punyalah sedih..

masa ni suami dok tahan la dengan perangai aku..cengeng menjadi-jadi..pantang ada yang tak kena, meleleh air mata ni..pastu, merajuk..pastu, ngada-ngada suruh pujuk..pastu dah ok boleh bergelak ketawa..pastu nanti merajuk balik..gitulah aku..nasib suami aku penyabar orangnya hihi..

tengok, dah melalut ke lain..aku nak cerita pasal anak buah aku kan tadi haha..yang ni anak-anak kakak sulung aku a.k.a yong..ate dah orang peghok kan..akak aku ni duduk dekat dengan rumah mak aku..so, semua anak-anak dia mak aku yang jaga..


yang ni anak sulung dia..kami panggil abang
nama : muhammad ezz zhafri
umur : 10 tahun
time ni, dia dengan adik dia duk rumah aku..petang-petang aku bawak diorang p makan bakso la..kuat makan diorang ni haha..cukup terer bab kira-kira..bab nak menulis payah betoi..


yang ni anak kedua a.k.a kakak
nama : dhiya ezz zhafira
umur : 8 tahun
haa, ni la yang aku cakap tadi..yang aku bawak p makan bakso petang-petang tu..debab budak ni..kuat makan jugak hihi..time ni kalau tak silap aku dia ikut akak aku p makan dekat Nasi Lemak Habibi Puncak Alam..kat sini makanan dia semua sedap-sedap..harga pun berpatutan..
yang ni pun terer bab kira-kira..suka membaca..kalau membebel kalah mak nenek haha..


yang ni anak ketiga a.k.a eddin
nama : muhammad ezz eddin
umur : 6 tahun
budak ni penye"mart" orangnya..rambut kena kemas je..baju taknak kotor-kotor..kasut sekolah pun seminggu still putih lagi tau..hari tu, mata dia bengkak sikit..nangis terus taknak g sekolah..malu katanya..jenuh mak aku pujuk hihi..time ni dia nak g lawatan kilang coklat kot kalau tak silap..
pandai budaknya..5 tahun dah lancar membaca..tulisan kemas..mewarna dengan melukis pun cantik..hasil kerja macam budak sekolah rendah dah..


yang ni anak keempat a.k.a endut
nama : muhammad ezz rizq
umur : 4 tahun
kuat menjerit..kalau menjerit nyaring kemain..banyak mulut budak ni..sepatah orang cakap, berpatah-patah dia menjawab haha..ekceli, anak kakak aku yang sulung ni semuanya banyak cakap..pokpekpokpek dari celik mata sampai nak pejam balik malam nanti..tak sunyi kalau ada diorang hihi..endut tu bapak dia punya cerita..dari kecik panggil endut sebab dia cakap anak dia yang ni gendut..tapi dah besar makin slim sebab payah betoi nak makan..kena paksa baru nak makan..


yang ni paling kecik a.k.a sara / qaizara
nama : dhiya ezz qaisara
umur : nak masuk 8 bulan
tak banyak ragam nak jaga mak aku kata..cuma bila dah besar, makin bijak budak ni..kalau letak dalam buai, nak kena tengok muka mak aku..kalau tak, dia akan nangis ngada-ngada..bukan nangis betoi pun..bunyi ek ek ek je mak aku kata..bijak..bijak..hihi

ni pulak anak-anak kakak no 3 aku a.k.a yang..akak aku yang ni dok kat manjung, perak..sebelum ni dia mengajar kat Sabah..sekarang dah transfer ke perak, dekat dengan suami dia..alhamdulillah..


yang ni anak sulung dia
nama : iman mukhriz
umur : 2 tahun++
dah banyak cakap..dulu kecik-kecik agak susah nak dekat orang..maybe sebab jarang jumpa kan..sekarang ok la..



ni yang kecik
nama : muhammad ilham mukhlis
umur : 8 bulan 
tak banyak aku boleh cerita sebab diorang pun jarang balik..kalau balik pun time aku takde kat rumah mak aku huhu..

semangat buat entry pasal budak-budak ni sebab tak lama lagi aku pun aku ada baby sendiri..in shaa Allah..terasa aura mak-mak tu dah meluap-luap haha..melampau kan..

Diari Mengandung : Amalan Bawak Paku / Magnet Semasa Hamil

Assalamualaikum..
Hai peeps..



Sejak mengandung ni, ramai sangat yang bagi petua itu ini..pantang larang itu ini..kalau macam amalan pemakanan tu, aku turutkan lah jugak..sebab ada logiknya kan..kalau yang pelik-pelik tu, aku setakat dengar je lah..

Salah satunya, amalan bawak paku panjang / magnet masa keluar malam..apa kejadahnya aku tak taulah pulak..alasannya, sebagai pelindung dari gangguan makhlus halus..konon macam tangkal la tu kan..aku 1st time dengar gitu, aku iakan je lah..tapi kalau tiap kali jumpa asyik cakap benda yang sama, memang naik bosan lah jugak kan..

"eh, ko mengandung anak sulung kan..elok bawak paku, tak pun besi berani (magnet la oii hihi)..bukan apa, takut ada yang ikut balik karang kan susah"

"eh, berani ye ko mengandung anak sulung keluar malam-malam tak bawak apa-apa..elok bawak paku,buat sanggul rambut..tak pun, magnet tu ko buat rantai"
(apa jadah..kang tercucuk paku kat kepala tak sempat kot aku nak beranak..lagi satu, ingat laki aku takde duit sampai nak buat rantai guna magnet)

tambah-tambah yang jenis memaksa orang..rasa nak jadi hulk je..

"eh ko ni..degil betul la..orang dah suruh buat tu, buat je la..jangan buat main-main benda camni..dah kena baru tau"

yang pesan tu pulak semuanya rata-rata anak-anak dara atau yang baru beranak sorang..belum lagi pesan bawak duri landak la, apa la..mak aku yang otai beranak 8 orang pun takde pesan suruh buat macam-macam..kakak-kakak aku yang dah beranak pinak sampai 5 orang pun tak pernah pun buat macam tu..

mak aku pesan, amalkan baca ayat kursi sebelum keluar rumah..in shaa Allah selamat dari apa-apa gangguan..

kepada yang berkenaan, silalah jangan paksa aku lagi..setakat ko nak bercakap sekali dua takpa..bukan apa, takut aku terkasar bahasa je nanti..tak memasal dapat dosa..sian kat baby aku..kecik-kecik dak kena dengar mak dia membebel %&*(&*(&&*^*^*&* blablabla..

lagi satu, aku dengar siapa yang amalkan kepercayaan tu hukumnya syirik..wallahualam..aku pun share dari apa yang aku baca..kalau betul, syukur sangat aku tak buat macam tu..terima kasih ya Allah sebab lindungi aku dari perbuatan-perbuatan syirik..

yang mana baik kita amalkan..yang mana mendatangkan was-was atau ragu-ragu, eloklah selidik dulu..jangan ikut membabi buta je tau..

Rabu, 7 Januari 2015

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Hai peeps..

Sempena tahun baru dan tak lami lagi nak berstatus baru kan, aku rasa nak make over blog aku ni..bukan apa, dah macam kanak-kanak ribena punya blog..masa mula-mula berblog hari tu, jakun sikit..semua benda alah menatang hape semua aku tepek..konon-konon nak cantik la sangat kan (padahal tak cantik, semak mata je)..

dulu kan tak matang, tu yang jadi gitu..sekarang bila tengok balik dan banding dengan blog-blog member yang seusia aku, nampak sangat ketidakmatangan (ada ke perkataan gini dalam kamus dewan..taram je la haha) blog aku ni..tambah dengan kecacamarbaan nya lagi..malu den gini huhu..

macam mana nak buang benda-benda alah yang macam hujan bunga-bunga tu semua haa..time buat pandai, nak buang dah tak reti..sapa-sapa yang tau boleh lah tolong den yang lomah tak berdayo ni huhu..

sangat-sangat mengharapkan pertolongan korang..betul ni..

Diari Mengandung : Cek Jantina Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum..
Hai peeps..







Lumrah ibu mengandung, mesti nak tau jantina baby dalam perut tu kan..bukan ibu-ibu mengandung je yang eksaited..bakal bapa, makcik, pakcik, toknek, kawan rapat, jiran, ipar duai bahkan semua yang kenal la mesti eksaited nak tau haha (over nau hihi)..

Dari awal dapat tau mengandung, mesti tertanya-tanya jantina baby kan..yang bernasib baik, dapat la tengok time scan..kadang-kadang ada baby yang acah-acah nak buat surprise, time scan die tutup serapat yang boleh..sian mami n dedi dia hihi..salah satu cara nak tau jantina baby ni, orang kata tengok melalui tabiat atau fizikal mak dia..

So, bakal-bakal ibu semua jom cek kita yang mana hihi..

1. Bentuk Perut
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, kemungkinan anak perempuan.

P/s : Kalau ikutkan, perut aku jenis bulat..

2. Arah Tidur
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

P/s : Kalau tidur, aku lebih suka mengiring ke kiri.

3. Posisi Bayi
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

P/s : Baby aku lebih suka dok belah kanan.

4. Perangai Ibu
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

P/s : Aku sejak azali memang malas bersolek..acaner tu haha..tapi sejak preggy ni memang bertambah malas la..

5. Garisan Perut
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

P/s : Kalau aku, garisan terang dan tak putus-putus. (gigih tau pusing belakang cek perut sebab kat depan meja aku ada cctv haha)

6. Wajah Ibu
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

P/s : Suami aku tegur muka aku tak berseri macam sebelum preggy.

7. Pemakanan Ibu
Ibu yang suka makan makanan masam dikatakan mengandung bayi lelaki dan jika ibu suka makan makanan manis tandanya bayi perempuan. Ibu mengandung yang suka makan seafood juga dikatakan mengandung bayi lelaki.

P/s : Aku langsung tak suka makanan masam..banyak minum dan makan yang manis-manis..seafood pun tak suka makan.

8. Nipple Abang / Kakak kepada Baby
Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

P/s : Aku preggy 1st baby, so yang ni aku tak boleh tengok la hihi..

9. Respon
Melihat kepada response kakak atau abang atau kanak-kanak lain terhadap ibu. Kalau gegurl suka kat ibu mengandung ni, anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

P/s : Yang ni aku tak tau sebab anak buah aku yang girl n boy memang suka dekat aku haha..

So, kalau diikutkan kemungkinan baby korang boy / girl?? kalau aku, macam lebih ke arah baby girl je..syok la nak menyoping nanti..ayah jangan garu kepala tau haha..apa-apa pun, tak kisah girl or boy..yang penting sihat walafiat je kan..yang ni sekadar suka-suka je tau..betul atau tak, wallahualam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...