Rabu, 7 Januari 2015

Diari Mengandung : Cek Jantina Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum..
Hai peeps..







Lumrah ibu mengandung, mesti nak tau jantina baby dalam perut tu kan..bukan ibu-ibu mengandung je yang eksaited..bakal bapa, makcik, pakcik, toknek, kawan rapat, jiran, ipar duai bahkan semua yang kenal la mesti eksaited nak tau haha (over nau hihi)..

Dari awal dapat tau mengandung, mesti tertanya-tanya jantina baby kan..yang bernasib baik, dapat la tengok time scan..kadang-kadang ada baby yang acah-acah nak buat surprise, time scan die tutup serapat yang boleh..sian mami n dedi dia hihi..salah satu cara nak tau jantina baby ni, orang kata tengok melalui tabiat atau fizikal mak dia..

So, bakal-bakal ibu semua jom cek kita yang mana hihi..

1. Bentuk Perut
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, kemungkinan anak perempuan.

P/s : Kalau ikutkan, perut aku jenis bulat..

2. Arah Tidur
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

P/s : Kalau tidur, aku lebih suka mengiring ke kiri.

3. Posisi Bayi
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

P/s : Baby aku lebih suka dok belah kanan.

4. Perangai Ibu
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

P/s : Aku sejak azali memang malas bersolek..acaner tu haha..tapi sejak preggy ni memang bertambah malas la..

5. Garisan Perut
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

P/s : Kalau aku, garisan terang dan tak putus-putus. (gigih tau pusing belakang cek perut sebab kat depan meja aku ada cctv haha)

6. Wajah Ibu
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

P/s : Suami aku tegur muka aku tak berseri macam sebelum preggy.

7. Pemakanan Ibu
Ibu yang suka makan makanan masam dikatakan mengandung bayi lelaki dan jika ibu suka makan makanan manis tandanya bayi perempuan. Ibu mengandung yang suka makan seafood juga dikatakan mengandung bayi lelaki.

P/s : Aku langsung tak suka makanan masam..banyak minum dan makan yang manis-manis..seafood pun tak suka makan.

8. Nipple Abang / Kakak kepada Baby
Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

P/s : Aku preggy 1st baby, so yang ni aku tak boleh tengok la hihi..

9. Respon
Melihat kepada response kakak atau abang atau kanak-kanak lain terhadap ibu. Kalau gegurl suka kat ibu mengandung ni, anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

P/s : Yang ni aku tak tau sebab anak buah aku yang girl n boy memang suka dekat aku haha..

So, kalau diikutkan kemungkinan baby korang boy / girl?? kalau aku, macam lebih ke arah baby girl je..syok la nak menyoping nanti..ayah jangan garu kepala tau haha..apa-apa pun, tak kisah girl or boy..yang penting sihat walafiat je kan..yang ni sekadar suka-suka je tau..betul atau tak, wallahualam..


4 ulasan :

  1. saye lak.

    1. Bentuk perut, bila nak masuk 8 bulan baru nampak kebulatannya. hehehe.Tapi perut kita tak beso sangat

    2. Arah tidur, suka ngiring kanan. kalau ngiring kiri rasa senak. tapi skang ni terlentang je sebab kalau ke kanan, baby nguit2 tak selesa gaknya hehe,

    3. Baby suka duduk kepalanya kat kiri, kakinya kat kanan. Kalau cek heartbeat baby mesti kat belah kiri.

    4.Perangai maknya, dari sebelum preggy suka solek, sampai la skang. Yg bestnya, jerawat memang takde cam dulu. Licin je rase hehe.

    5.Garisan perut, putus-putus linea nigra nyer

    6. Kite ramai tegur berseri2. Sebelum preggy tak cantik gamaknya. Hahahaha

    7. Awal2 preggy mabuk teruk. nasik,bawang semua takleh telan. berbulan makan kuewtiow, bihun je. Pastu sangat suka seafood. Dan suka benda manis. Sweet tooth je rasanya hehehe

    8. takde hehehe first

    9. Budak lelaki memang suka renyihhh kat kite. Suka didiukung. Baby girl kalu pegang nangis hukhuk tapi anak buah girl umur 11 bulan, eh tak nanges lak

    10. Dah scan, 3 kali. Girl hehehehehehe. Naluri rasa boy, tapi bila scan, memang takde bebirdnyaaaa. Tapi 'burger' hikhikhik. Baju bnyk beli kaler selamat. Tapi dah tau girl,beli pinky2. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite pulak org asek tego saiz perot yg beso xpdan dgn usia kndungan huhu..tahniah..syok kn shopng brg bby girl..same la..naluri kite kuat kate boy tp kan bile tngok brg bby mst nk plih kaler pink..sbb comey sngt hihi

      Padam
    2. Hihi ayahnya la paling excited bila tahu baby girl. Siap ckp nak beli itulah, Inilah.

      Padam
    3. hihi itulah..siap cakap kalau bby girl lg bnyk brg la kite kena beli..aksesori kena padan dengan baju..adoi, kalah maknye

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...