Isnin, 12 Januari 2015

Anak-anak Buah Kesayangan

Assalamualaikum..
Hai peeps..

masuk tahun 2015 ni, dah bertambah satu angka umur aku..semalam masa lepak-lepak dengan suami aku depan tv, dok borak-borak pasal umur..

aku : dah tua kan b ni..tahun ni 29..tahun depan dah 30-an..tuanyaaaaa..masa kita kenal b baru 26 kan hahahaha (sambil gelak mengusik)

suami : eh, anje pun makin tua la..bukan b sorang..

aku : eh, baru 25..kira muda lagi ni tau..(sambil gelak-gelak lagi..syok sangat mengusik orang haha)

suami : nampak sangat dah tuanya ni..umur sendiri pun dah tak ingat..sekarang anje dah 26 tau..

aku : (sambil congak-congak kira) erkkk, aah la..dah 26 la..sama-sama tua lah kita hihi..

pastu, suami aku pulak gelakkan aku haha..

okey, tutup cerita pasal umur ni..korang takyah nak gelak sangat..korang pun makin tua..ngaku je la haha..

hari ni nak bercerita pasal anak-anak buah kesayangan aku..entry yang agak panjang sebab anak buah aku ramai hihi..bertabahlah korang baca ye..mud menaip mencanak-canak ni hihi..aku rapat dengan anak-anak buah aku, lagi-lagi anak kakak aku yang sulung..sebabnya, mak aku yang jaga diorang semua..dulu, tiap-tiap hari balik kerja mesti ada diorang..belum time cuti lagi..dari pagi sampai malam ada kat rumah mak aku..kadang-kadang semua berebut nak tidur kat rumah mak aku..

masa mula-mula kahwin dulu aku terasa jugak lah sunyi..yelah, dah kahwin kena la duduk dengan suami kan..rindu semuanyaaaa..rindu mak, rindu suasana rumah, rindu bilik tidur, rindu anak-anak buah..kadang-kadang rindu tu sampai keluar air mata huhu..punyalah sedih..

masa ni suami dok tahan la dengan perangai aku..cengeng menjadi-jadi..pantang ada yang tak kena, meleleh air mata ni..pastu, merajuk..pastu, ngada-ngada suruh pujuk..pastu dah ok boleh bergelak ketawa..pastu nanti merajuk balik..gitulah aku..nasib suami aku penyabar orangnya hihi..

tengok, dah melalut ke lain..aku nak cerita pasal anak buah aku kan tadi haha..yang ni anak-anak kakak sulung aku a.k.a yong..ate dah orang peghok kan..akak aku ni duduk dekat dengan rumah mak aku..so, semua anak-anak dia mak aku yang jaga..


yang ni anak sulung dia..kami panggil abang
nama : muhammad ezz zhafri
umur : 10 tahun
time ni, dia dengan adik dia duk rumah aku..petang-petang aku bawak diorang p makan bakso la..kuat makan diorang ni haha..cukup terer bab kira-kira..bab nak menulis payah betoi..


yang ni anak kedua a.k.a kakak
nama : dhiya ezz zhafira
umur : 8 tahun
haa, ni la yang aku cakap tadi..yang aku bawak p makan bakso petang-petang tu..debab budak ni..kuat makan jugak hihi..time ni kalau tak silap aku dia ikut akak aku p makan dekat Nasi Lemak Habibi Puncak Alam..kat sini makanan dia semua sedap-sedap..harga pun berpatutan..
yang ni pun terer bab kira-kira..suka membaca..kalau membebel kalah mak nenek haha..


yang ni anak ketiga a.k.a eddin
nama : muhammad ezz eddin
umur : 6 tahun
budak ni penye"mart" orangnya..rambut kena kemas je..baju taknak kotor-kotor..kasut sekolah pun seminggu still putih lagi tau..hari tu, mata dia bengkak sikit..nangis terus taknak g sekolah..malu katanya..jenuh mak aku pujuk hihi..time ni dia nak g lawatan kilang coklat kot kalau tak silap..
pandai budaknya..5 tahun dah lancar membaca..tulisan kemas..mewarna dengan melukis pun cantik..hasil kerja macam budak sekolah rendah dah..


yang ni anak keempat a.k.a endut
nama : muhammad ezz rizq
umur : 4 tahun
kuat menjerit..kalau menjerit nyaring kemain..banyak mulut budak ni..sepatah orang cakap, berpatah-patah dia menjawab haha..ekceli, anak kakak aku yang sulung ni semuanya banyak cakap..pokpekpokpek dari celik mata sampai nak pejam balik malam nanti..tak sunyi kalau ada diorang hihi..endut tu bapak dia punya cerita..dari kecik panggil endut sebab dia cakap anak dia yang ni gendut..tapi dah besar makin slim sebab payah betoi nak makan..kena paksa baru nak makan..


yang ni paling kecik a.k.a sara / qaizara
nama : dhiya ezz qaisara
umur : nak masuk 8 bulan
tak banyak ragam nak jaga mak aku kata..cuma bila dah besar, makin bijak budak ni..kalau letak dalam buai, nak kena tengok muka mak aku..kalau tak, dia akan nangis ngada-ngada..bukan nangis betoi pun..bunyi ek ek ek je mak aku kata..bijak..bijak..hihi

ni pulak anak-anak kakak no 3 aku a.k.a yang..akak aku yang ni dok kat manjung, perak..sebelum ni dia mengajar kat Sabah..sekarang dah transfer ke perak, dekat dengan suami dia..alhamdulillah..


yang ni anak sulung dia
nama : iman mukhriz
umur : 2 tahun++
dah banyak cakap..dulu kecik-kecik agak susah nak dekat orang..maybe sebab jarang jumpa kan..sekarang ok la..



ni yang kecik
nama : muhammad ilham mukhlis
umur : 8 bulan 
tak banyak aku boleh cerita sebab diorang pun jarang balik..kalau balik pun time aku takde kat rumah mak aku huhu..

semangat buat entry pasal budak-budak ni sebab tak lama lagi aku pun aku ada baby sendiri..in shaa Allah..terasa aura mak-mak tu dah meluap-luap haha..melampau kan..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...