Isnin, 26 Januari 2015

Rotan Sebab Sayang

Assalamualaikum..
Hai peeps..



A very special thanks to my parent, my teacher, my sister sebab pernah rotan aku dulu..sebab rotan tu aku jadi MANUSIA..

rotan buluh, rotan bulu ayam, pembaris kayu, hanger, batang paip, paip getah..semua aku dah pernah kena..sebab apa?? sebab buas sangat..sebab nakal sangat.. sebab tak dengar cakap..sebab buat salah..sebab macam-macam lagi la..yang tentu salah dan tak patut di buat..

kalau lah dulu mak bapak aku tak rotan sebab aku malas belajar, mesti aku tak sepandai sekarang..

kalau lah dulu mak aku tak rotan sebab aku malas buat kerja rumah, dah tentu aku tak pandai kemas rumah cantik-cantik macam sekarang..

kalau lah dulu cikgu tak rotan bila aku tak siapkan kerja sekolah, tentu aku tak berpelajaran macam sekarang..



kalau lah dulu kakak aku tak rotan sebab aku selalu pakai seluar pendek bila keluar rumah, dah tentu aku tak hirau pasal aurat aku sekarang..

see..bukan salah diorang yang rotan aku..bukan diorang tak nasihat dulu..salah aku sebab berkali-kali ditegur pun masih buat kesalahan yang sama..diorang rotan atas sebab nak mengajar..sebab diorang sayang kat aku..

pendek kata, dengan rotan la aku jadi manusia berguna sekarang..

tapi sekarang.....




alahai, apa nak jadi anak-anak zaman sekarang..terpikir anak yang masih dalam perut ni..hmmm


p/s : rotan untuk mendera tu lain la..


Rambut Dah Tak Gugur..Syoknyaaa

Assalamualaikum..
Hai peeps..


Dulu-dulu kan, sebelum kawen aku ada masalah rambut gugur..tapi masa tu aku buat dekk je lagi sebab aku fikir "ala, gugur sikit je pun..banyak lagi rambut atas kepala aku ni"..tu yang aku fikir selama bertahun-tahun..

Sampai la aku dah kawen, masalah tu tetap ada malah bertambah buruk. mana taknya, duduk dengan family mertua kan..ada adik lelaki pulak tu..nak tak nak memang hampir 24 jam la aku duk bertudung je..satu hari tu aku perasan awat rambut aku makin sikit..makin nipis..baru tersedar "eh, lama-lama botak la kepala aku kalau hari-hari gugur camni"..


nak-nak suami pun dah tegur sebab bangun tidur je tengok banyak rambut 'tertingggal' kat bantal huhu..sedih sangat masa ni..dah terbayang-bayang kulit kepala licin je..scary 0oo..nanti nak berdepan dengan suami pun malu huhu..

dah banyak jenama syampu yang aku guna..tak lupa jugak petua-petua tradisional..mana dan semua aku buat..tapi hampa..semua tak menjadi..last-last suami kata, maybe sebab pakai jenis syampu yang salah kot..habis-habisan aku dok bangkang..yela, dah masalah rambut gugur ofkos lah pakai syampu untuk rambut gugur kan..

suami aku suruh try syampu untuk dandruff sebab kulit kepala aku jenis cepat berminyak..pastu kalau lambat cuci datanglah segala tok nenek kelemumur duk bertapak..aku pun try je la sebab tak nak jadi isteri durhaka kan hihi..masa ni try syampu Pantene anti dandruff..


start pakai je memang aku buat tak tahu..dalam hati cakap "dah tau, konfem tak berkesan punya" (negatif sangat kan pemikiran aku)..tuptup seminggu lepas tu, aku perasan lepas cuci rambut, sikit je rambut yang tersangkut kat floor trap bilik mandi tu..punya la seronok tak ingat tapi diam-diam je dulu..

2 minggu lepas tu, aku tengok makin sikit rambut yang gugur bila bersyampu..sikat rambut pun syok je..kalau dulu segumpal rambut dalam tangan bila bersikat..sekarang paling banyak pun 2 3 lai je..punyalah hepi sebab masalah yang dah bertahun-tahun dah takde..rasa macam nak berjoget sakan haha..

satu hari tu suami aku tegur.."rambut anje dah tak gugur kan"..eh, perasan jugak ke (aku cakap dalam hati je sambil tayang senyum kambing kerang busuk wangi haha)

tak rugi dengar cakap suami kan..pahala dapat, masalah kurang haha..

Templer Park Rawang


Assalamualaikum..
Hai peeps..



Tak cukup rasanya cuti 2 hari je..kalau boleh nak sambung terus sampai puas hihi (kalau bolehhhh..berangan je la ella oi)..korang pun mesti selalu rasa macam ni kan..

syok oi cuti-cuti balik rumah mak sendiri..nak makan apa cakap je..mesti dapat..tambah-tambah time perut boyot ni, jarang la tak dapat apa yang dimintak..terima kasih mak..i luv u lah hihi..kadang-kadang cakap dekat orang lain, orang lain pulak yang tunaikan..kadang-kadang dapat secara tak sengaja..

macam hari tu, aku baru je cakap dekat suami aku teringin nak mandi-mandi dekat air terjun..suami aku macam keberatan nak turutkan sebab dia cakap bahaya..aku pun senyap-senyap la layan perasaan kuciwa haha

entah macam mana, semalam rumah mak aku takde air pulak..sarapan dengan makan tengah hari pun dekat luar je sebab malas nak masak..dengan cuaca yang panasnya, masyaAllah..tiba-tiba...

kakak aku : mak, kalau petang ni tak hujan kita pergi pantai remis la nak.

mak aku : tak best la..pantai remis bukan boleh mandi-mandi pun..

kakak aku : kita pergi rumah mak andak (makcik aku) la..rumah dia kan ada swimming pool..

mak aku : hmm mak tak suka mandi kolam..

kakak aku : kalau macam tu, kita pergi templer park la..dekat pun dekat..

mak aku : ok jugak..lepas zohor pukul 2 kita gerak..

aku yang dengar rasa berbunga-bunga je hati..bersinar-sinar je mata haha..semangat je rasa hihi..aku pandang suami aku..dia senyum je..

"nanti bawak la baju, bolehlah la mandi-mandi jap"

dengar je gitu, senyum lebar la aku..suami dah bagi green light..kejap pun kejap la, janji merasa ^__^...hooreeyyyy haha..cepat-cepat siapkan baju, towel sume..letak siap-siap dalam beg takut lupa haha..nampak tak punya eksaited dapat pergi air terjun hihi..

jom layan....

anak-anak buah aku..haruslah diorang yang paling seronok kan..

yang ni siap mintak susu lagi..dah habis sebotol, turun mandi balik hihi


nyah a.k.a penjaga baby yong sebab dia taknak mandi hihi
awat qaisara jadi lagu ni..seronok dapat rendam kaki la tu..tak boleh mandi sebab air
sejukkkk sangat

Andak yang sangat rajin melayan anak-anak buah..
lepas melantak 2 ketul ayam kepci, sebungkus kitkat, sepinggan kentang
goreng dan keropok lekor, baru la mak buyong ni masuk air hihi

last but not least, mak buyong yang sangat hepi dapat
pergi air terjun..tak dapat tengok air terjun pun tak pe,
janji dapat berendam macam badak dalam air tu hihi

p/s: tak sabar nak tunggu cuti Chinese New Year pulak..suami aku dah janji nak bawak pergi jalan-jalan..destinasi??rahsia katanya hihi..








Jumaat, 23 Januari 2015

List Barang Baby

Assalamualaikum..
Hai peeps..



Macam tak percaya tak lama lagi nak pegang status mak-mak dah..aishh macam dah tua pulak hihi..rasa diri ni matang sesangat dah tau (perasan je..padahal perangai kuat merajuk tu macam dah sebati je huhu)..harap dah ada baby nanti hilanglah perangai kuat merajuk ni..sian suami..mana nak layan baby, nak melayan kerenah mak baby lagi haha..

Alhamdulillah sekarang usia kandungan aku dah masuk 26 minggu..kira masa yang ideal la kalau nak membeli barang-barang baby ye dak (tapi rasa macam dah terbeli sepsasang dua baju hari tu hihi)..ni kes eksaited lepas dapat tau gender baby la ni haha..korang pun mesti macam aku jugak kan..tau sangat ^__^

Ni kan first baby aku..so, macam blur-blur sikit la apa yang perlu, apa yang tak perlu sangat..minggu ni gigih gugel blog mak-mak orang yang lain pasal list barang-barang baby ni..mana yang tak berapa penting aku tolak tepi dulu la..lepas-lepas pantang pun boleh shopping apa hihi..lagipun nak membeli sekaligus agak terasa jugak la duit mengalir keluar kan..so, sebelum apa-apa kita kena rancang bebaik na..

List 1 : Clothing

Baju Siang/Basahan - Lengan Pendek, Seluar Pendek, Baju Lubang-lubang, Singlet
Baju Malam - Lengan Panjang, Seluar Panjang
Baju Jalan-jalan 
Romper / Jumpsuit
Barut
Bedung
Sarung Tangan & Kaki
Topi
Towel Muka - 100% Cotton

List 2 : Diapering

Diapers - Saiz Newborn & Saiz S
Napkin - Maybe untuk backup bedung je kot
Wet Tissue 
Changing Mat 
Bakul Kecik - Senang nak buang papers baby / letak baju kotor

List 3 : Baby Care

Bedak, Losyen & Minyak Baby
Minyak Telon - elak kembung perut
Putik Kapas 
Cotton Ball - cuci pusat baby
Nappy Cream - kalau baby kena ruam lampin
Termometer - pantau suhu baby



List 4 : Bedding

Set Tilam - Tilam, Bantal Kepala, Bantal Peluk
Kelambu
Selimut

List 5 : Bathing

Towel Mandi
Syampu & Mandian Baby

List 6 : Feeding

Botol & Puting Susu
Berus Pembersih Botol
Sabun Cuci Botol
Nipple Cream
Nursing pad - Washable / Disposal
Nursing Bra
Termos

Setakat ni, ni je yang aku rasa perlu kot..nanti bila aku dah start membeli aku edit balik tau..masuk-masuk gambar sikit, baru la syok nak menjamu mata kan..tambah eksaited la bakal-bakal mak nak membeli hihi..

ehem-ehem..korang rasa apa lagi yang kurang ek..meh la share list korang pulak ^__^





Selasa, 20 Januari 2015

Menu Atkin : Kebab Atkin Sempoi

Assalamualaikum..
Hai peeps..

Disebabkan suami aku sekarang tengah berdiet, so aku nak share la menu-menu yang aku sediakan untuk dia..dapat sediakan waktu sarapan dengan makan malam je la..time lunch terpaksa makan kat kedai sebab aku sendiri pun bekerja..lagipun suami aku tak nak bawak bekal g tempat kerja..kesian kat aku kononnya pagi-pagi dah bertungkus lumus siapkan makan dia..sweettttt sangat hihi

Bahan-bahan :
2 bijik telur
6 bijik bebola daging homemade - direbus sekejap
garam
mayonis
daun sup & daun bawang dihiris
1/2 keping keju - dipotong 6

Cara-cara :
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. letak garam, mayonis, daun sup & daun bawang. pukul sebati.
2. Panaskan sedikit minyak. dadarkan telur.
3. Sejukkan telur dan gulungkan. potong kepada 6 bahagian.
4. Ambil pencungkil gigi. cucukkan telur yang digulung dan sebijik bebola daging. letakkan keju di atas. ulang hingga siap.
5. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 5 minit.



P/s : mesti korang tak dapat bayangkan rupa dia macam mana kan..nanti aku edit balik, masukkan gambar hihi..

Diari Mengandung - Alahan

Assalamualaikum..
hai peeps..

sambung dari entry diari mengandung yang mula-mula haritu..dah janji nak sambung kan..janji kena la tunaikan (walaupun dah berkurun lamanya hihi)

start Minggu ke-4 hingga ke-20 - (masa ni tak tau lagi dah pregnant..aku tau masa minggu ke-6)..aku banyak alah dengan bau-bauan..bayangkan pewangi bilik yang selalu aku guna pun aku tak tahan bau dia..setiap kali dia spray, aku rasa pening-pening + nak muntah..time tido pun aku boleh terjaga kalau terbau..last-last, suruh suami aku tukar..dari lavender tukar lemon..tak suka bau ayam goreng..bau je automatik perut bergelodak nak keluarkan isi dia huhu..pastu, bau cili kering yang direbus..rasa nak marah orang kalau hidung tercium bau-bauan ni hihi..lepastu, rasa letih dan mengantuk yang teramat sangat..balik kerja terus melepek macam kain buruk dalam bilik..

macam ni agaknya rupa aku time muntah-muntah dulu..
tiap pagi je mesti muntah..tapi keluar air je..seksa betul T__T

start Minggu ke-15 hingga ke-17 - selalunya aku tak kisah pun kalau suami aku balik kerja terus nak peluk-peluk ke, nak duduk dekat-dekat ke..selalunya peluh suami tu yang buat aku suka..TAPI..masa ni, aku langsung tak boleh bau peluh dia..bukan hari-hari tau..ada masa-masa tertentu je..tambah-tambah waktu dia balik tengah hari..bau hangit semacam..macam bau terbakar pun ada..tiap kali suami nak dekat je, pelan-pelan aku jauhkan diri dari dia..aku tak tunjuk sangat la yang aku tak suka..bila aku bercerita baru dia sedar.."0oo yeke, b tak perasan pun"..pandai tak aku cover haha..

alolo comeynya..aku tak buat macam ni..sebab tu suami
aku tak tau hihi

start Minggu ke-20 dan ke atas - masa ni dah takde alahan-alahan dah..tapi macam kurang selera nak makan la..makan pun sebab kesiankan kat baby..yang pelik, kalau balik rumah mak aku selera kemain lagi..bertambah-tambah makan hihi..baby nak rasa masakan opah je la tu kan..ngengade sangat hihi..pastu badan tak selesa sangat la..perut dah makin membesar, kadang-kadang rasa macam sesak nafas sikit..jalan pun dah makin slow, penat bertambah, sakit pinggang sakit kaki tu perkara biasa..harus ditempuh hari-hari hihi..

sekarang aku dah minggu ke-26..next check up kena minum air gula lagi @__@..
tak sanggup den..pastu nak buat scan 3D pulak..tak sabar aihh nak tengok muka baby..nanti aku buat entry pasal scan 3D ni ye..janjiiiiiiiii..tak tipu tau hihi..

Menu Atkin : Tat Telur

Assalamualaikum..
hai peeps..

hari ni aku nak share dengan korang-korang yang tengah berdiet tu satu resepi yang cukup ringkas, mudah tapi sedap baq hang haha..

Bahan-bahan :
3 bijik telur
1/2 bijik bawang holand didadu
2 sudu isi ayam dicincang
garam secukup rasa
2 sudu mayonis
lada hitam ditumbuk kasar
daun sup & daun bawang dihiris 
6 ekor udang saiz sederhana - buang kulit dan bersihkan
1 keping keju - dipotong 6

Cara-cara :
1. Panaskan sesudu minyak. tumis bawang holand hingga naik bau. masukkan isi ayam. kacau-kacau hingga masak.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk. masukkan bawang dan isi ayam tadi, garam, mayonis, lada hitam, daun sup & daun bawang. pukul hingga sebati.
3. Sapukan butter dekat bekas, tuang sebatian telur. letakkan udang. akhir sekali, letakkan cheese di atas,
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit.



ni la rupanya..nanti aku ambik gambar dekat fon suami aku..nampak sikit bentuk
dan warna yang sebenar..

Suami aku suka betul benda alah ni..pagi tadi pun aku buatkan tat telur ni untuk sarapan dia..tapi, aku tukar la..kali ni letak daging cincang pulak..memang sedap..aku pun tumpang 2 kaki haha..

Korang pun try la..sonang gitu hihi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...