Isnin, 26 Januari 2015

Templer Park Rawang


Assalamualaikum..
Hai peeps..



Tak cukup rasanya cuti 2 hari je..kalau boleh nak sambung terus sampai puas hihi (kalau bolehhhh..berangan je la ella oi)..korang pun mesti selalu rasa macam ni kan..

syok oi cuti-cuti balik rumah mak sendiri..nak makan apa cakap je..mesti dapat..tambah-tambah time perut boyot ni, jarang la tak dapat apa yang dimintak..terima kasih mak..i luv u lah hihi..kadang-kadang cakap dekat orang lain, orang lain pulak yang tunaikan..kadang-kadang dapat secara tak sengaja..

macam hari tu, aku baru je cakap dekat suami aku teringin nak mandi-mandi dekat air terjun..suami aku macam keberatan nak turutkan sebab dia cakap bahaya..aku pun senyap-senyap la layan perasaan kuciwa haha

entah macam mana, semalam rumah mak aku takde air pulak..sarapan dengan makan tengah hari pun dekat luar je sebab malas nak masak..dengan cuaca yang panasnya, masyaAllah..tiba-tiba...

kakak aku : mak, kalau petang ni tak hujan kita pergi pantai remis la nak.

mak aku : tak best la..pantai remis bukan boleh mandi-mandi pun..

kakak aku : kita pergi rumah mak andak (makcik aku) la..rumah dia kan ada swimming pool..

mak aku : hmm mak tak suka mandi kolam..

kakak aku : kalau macam tu, kita pergi templer park la..dekat pun dekat..

mak aku : ok jugak..lepas zohor pukul 2 kita gerak..

aku yang dengar rasa berbunga-bunga je hati..bersinar-sinar je mata haha..semangat je rasa hihi..aku pandang suami aku..dia senyum je..

"nanti bawak la baju, bolehlah la mandi-mandi jap"

dengar je gitu, senyum lebar la aku..suami dah bagi green light..kejap pun kejap la, janji merasa ^__^...hooreeyyyy haha..cepat-cepat siapkan baju, towel sume..letak siap-siap dalam beg takut lupa haha..nampak tak punya eksaited dapat pergi air terjun hihi..

jom layan....

anak-anak buah aku..haruslah diorang yang paling seronok kan..

yang ni siap mintak susu lagi..dah habis sebotol, turun mandi balik hihi


nyah a.k.a penjaga baby yong sebab dia taknak mandi hihi
awat qaisara jadi lagu ni..seronok dapat rendam kaki la tu..tak boleh mandi sebab air
sejukkkk sangat

Andak yang sangat rajin melayan anak-anak buah..
lepas melantak 2 ketul ayam kepci, sebungkus kitkat, sepinggan kentang
goreng dan keropok lekor, baru la mak buyong ni masuk air hihi

last but not least, mak buyong yang sangat hepi dapat
pergi air terjun..tak dapat tengok air terjun pun tak pe,
janji dapat berendam macam badak dalam air tu hihi

p/s: tak sabar nak tunggu cuti Chinese New Year pulak..suami aku dah janji nak bawak pergi jalan-jalan..destinasi??rahsia katanya hihi..








Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...