Jumaat, 23 Mei 2014

Mulakan Pagi Anda Dengan Senyuman

Assalamualaikum..



korang jangan nak buat muka pelik sangat la tengok aku update blog kusam ni pepagi hari. azam kuat ni haha..

bukan apa, aku tengah syok ni dapat berita baik pepagi. murah rezeki. kalau gini tiap-tiap hari kan syok. orang kate, kita boleh tentukan sama ada hari ni hari yang baik atau sebaliknya. kalau pepagi hari korang start dengan marah-marah / perkara negatif, kebiasaannya seluruh hari tu akan jadi teruk. kalau pepagi korang start dengan senyuman / perkara positif / perkara yang menyenangkan, in shaa Allah seluruh hari korang akan berlalu dengan baik. 







manis senyuman Ayah Tun ni. harap dipanjangkan umur
 serta dimurahkan rezeki ^__^

orang kate la. bukan aku tau. kalau tak betul harap jangan kondem aku ye hihi

tapi sedikit sebanyak betul la apa yang diperkatakan tu. macam aku, bila aku mulakan pagi hari dengan ceria, terasa aura-aura positif tu sentiasa mengelilingi aku. so, aku dapat rasa seluruh hari aku berjalan dengan lancar. alaa, benda-benda negatif tu ada la sikit-sikit. tapi aku dapat tepis diorang pergi jauh-jauh. sebab apa?? sebab yang positif lagi banyak dari yang negatif. dahtu, ofkoslah positif yang akan menang kan.haaa, gitu la kiranya. korang paham kan apa yang aku maksudkan hihihi







Khamis, 22 Mei 2014

Trauma Berpanjangan

Assalamualaikum..

haiii, setelah sekian lama akhirnya aku munculkan diri jugak hihi..azam untuk mengupdate blog setiap hari tak berkesampaian lagi. harap-harap lepas ni tak culas dah ^__^




aku rasa sebagai seorang rakyat Malaysia, tipulah kalau korang tak kenal apa itu nasik lemak. jangan nak acah-acah mat / minah saleh sangat la..padahal makanan tu la yang selalu mengenyangkan perut korang waktu pagi. 

kalau time aku kecik-kecik dulu, selalu nasik lemak ni bungkus pakai surat khabar yang di alas dengan daun pisang. menambahkan lagi kesedapan nasik lemak tu. 2 3 bungkus sekali hadap pun tak sedar kan. 




sekarang, semua pakat duk bungkus pakai kertas coklat tu, kertas pebende tah orang panggil. yang tak tahan letak jugak daun pisang tu, tapi bukan sebagai alas nasik..letak sekadar alas sambal je(if u know what i mean). ada la dalam 2" x 2" je. tak pun guna polystyrene. langsung tak menampakkan ciri-ciri nasik lemak langsung. nak makan pun tak selera macam dulu-dulu kan.  







masa aku skolah-skolah dulu, waktu rehat je aku mesti akan cari nasik lemak. nasik je yang dapat mengenyangkan perut aku untuk jangka masa yang panjang. (tahan la sampai waktu balik skolah). kalau aku makan kuih ke, sosej/nugget ke, mee / bihun ke, tak sampai setengah jam mesti perut aku dah mintak di isi balik. 

lepas tu, entah macam mana, tukang masak kat kantin tu dah bertukar orang. aku harap makanan still sedap la macam tukang masak yang lama. tapi, apakan daya. kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..rasa dan struktur makanan totally different. more to negative. terbayang-bayang sambal nasik lemak yang berterabur bijik cili dia merata-rata, terasa-rasa ikan bilis dia yang hapak dan kacang goreng yang lemau macam tahun lepas punya stok, timun yang pahit kalah pegaga .....aaargghhhhh.....



sampai aku terfikir, cukup sebulan aku makan nasik lemak yang sambal macam mau membunuh tu, konfem aku kena kanser usus huhuhu. jauh kan pemikiran aku. disebabkan pengalaman makan nasik lemak yang sedemikian rupa, sampai sekarang kalau aku kalau beli nasik lemak, mesti aku cakap taknak sambal, taknak kacang, taknak timun. 

aku tau, mesti ada yang cakap apalah erti nasik lemak kalau takde semua tu. kadang-kadang ada yang tanya berkali-kali sambil buat muka pelik. mate kecik, dahi berkerut-kerut. mesti dalam hati die cakap "minah ni bukan melayu kot, tu pasai tak pandai makan nasik lemak". aku agak je la -__-"  .nak buat macam mana, bukan salah ibu mengandung aku kan. tapi, kalau nasik lemak home made memang aku tibai je semua tu sebab aku tau memang takde cacat celanya hihi ^__^

aku tau, korang pun mesti ada yang macam ni jugak kan. eleyy, taknak ngaku lettew haha =P


Jumpa lagi next entry..




Khamis, 15 Mei 2014

Misi Mencari Kasut Pengantin

Assalamualaikum..

Haiii..dah lama aku tak bertegur sapa dengan korang kan. almaklumlah, makin dekat makin terasa tekanan. emosi pun tak berapa nak stabil sekarang ni. minggu lepas aku habiskan masa siapkan apa yang tak siap. aku rasa baru 40% kot yang betul-betul siap. mana dengan bunga telur lagi, dengan kad jemputan lagi. arghhhhhh tension tau. mulut cakap takpe, ada masa lagi. dalam hati dah tak keruan dah tau huhu

untuk menyedapkan balik hati ni, tangan pun mula menggoogle gambar-gambar menarik untuk tatapan mata  hihihih..tetibe, teringat kasut untuk majlis tak beli lagi. tangan pun laju la menaip kasut pengantin perempuan. banyak nya kasut-kasut yang cantik. tapi mata aku dah terpaku kat kasut ni. search je mesti keluar kasut ni. geram tau hahaha



tengokkk..cantikkan..rasa macam comel je kalau pakai kasut ni walaupun hakikatnya bukan begitu hahaha..apedehal, biarlah aku nak berangan pun kan ^__^

lagi kasut yang menarik minat aku.








mula-mula aku pikir nak beli kasut warna pink..konon-konon mengikut tema majlis la kan. last-last aku decide beli warna gold la. senang. pakai time nikah and sanding. baju nikah aku kaler light brown, macam tak sesuai la kan pakai pink. bukan macam je, dah memang tak sesuai kan. kalau gold tu ok la. pakai dengan baju kaler dusty pink pun cun kan. 

so sekarang kaler dah decide. tinggal design la. aku tak nak lah pakai tinggi-tinggi sangat. buat nya tengah seronok berjalan, tetibe jatuh terjelepuk pulak kan. berdrama pulak aku tengah-tengah majlis. maluuu la. mana ai nak sorok muka ni hihihi..


merah mak ngah sangat kan kasut ni tapi so nice. memang cantik. menyerlah habis lah kalau pakai kasut ni hihihi


yang ni simpel je tapi still dapat memukau perhatian aku hihi..aku ni memanglah, pantang jumpa benda cecantik, cecomel macam ni..


yang ni pun ok. sesuai nak pakai dengan kaler apa pun. 


bride to be yang lain pun rambang mata kan kalau cari kasut. ke aku je -_-
apa-apa pun, hope semua nya berjalan dengan lancar. doakan aku ye ^__^






Jumaat, 9 Mei 2014

Istimewanya Seorang IBU

Assalamualaikum..




YEAYYYY...dah masuk bulan Mei. dalam menghitung hari nak jadi binik orang, aku still tak lupa HARI IBU hokeyy. macam yang korang sedia maklum atau bagi yang tak tahu, hari ibu disambut pada setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan Mei. maknanya, tahun ni hari ibujatuh pada 11 Mei 2014. mesti korang dah plan nak celebrate kat mana, nak bagi hadiah apa, macam-macam lagi la kan. aku dengan kakak aku pun ada la plan nak buat makan-makan family. dok pikir nak buat menu apa yang special sikit. nak meraikan emak sendiri kan hihihi

ada setengah orang kata,


 "hari ibu ni patut sambut hari-hari, bukan sehari je". 

 "yang korang beria sambut hari ibu ni kenapa?? hari-hari lain ibu ni tak special ke??"

"aku tak sambut pun hari ibu sebab bagi aku hari-hari adalah hari ibu"


tak kisah la apa pun pandangan korang. memang TAK WAJIB sambut hari ibu. memang korang rasa mak korang TAK KISAH pun kalau korang tak sambut hari ibu. tapi bagi kami adik beradik, tiap-tiap tahun memang kami akan sambut hari ibu. sebagai tanda ingatan, kasih sayang, penghargaan kami buat emak. walaupun sekadar ucapan, tu pon dah boleh buat diorang gembira tau. memang everyday is mother's day tapi hari ibu lagi special sebab seluruh dunia pun meraikannya.

masa kecik-kecik dulu, aku selalu buatkan kad untuk emak aku bila time hari ibu. yela, dulu mana ada duit nak beli hadiah-hadiah ni kan. duit belanja sekolah pun tak sempat nak simpan. beli nasik lemak, air segelas, buah sepotong, dah abes duit belanja -_-"  yang aku mampu, beli selai kertas lukisan. balik rumah, tak sempat bukak baju, tak sempat makan tengah hari, aku masuk billik. menerap (meniarap) atas lantai. teringin nak buat kad cantik-cantik, yang kretip-kretip. tapi aku terpaksa terima hakikat yang tangan aku ni memang tak berseni. last-last, lipat je dua lukisan tu. lukis gambar kek, lukis gambar pompuan pakai tudung (konon-konon tu mak la hihihi), lepas tu tulislah ayat budak sekolah hahaha.. walaupun kad aku tu layak masuk tong sampah je, mak aku tetap senyum, tetap ucap terima kasih bila aku bagi. bangga kemain tau hihi ^__^

betapa istimewanya ibu dalam hidup kita kan. dah besar-besar ni pun, kalau sakit tetap nak ibu jugak kan. walau seumur hidup kita berbakti kat ibu, tetap takkan dapat balas jasa diorang melahirkan kita, menyusukan kita, menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh, bagi didikan dan pelajaran.

bagi sesapa yang masih ada ibu, hargailah sementara diorang masih ada. jangan sakitkan hati diorang, jangan biarkan diorang terluka dengan setiap perbuatan atau kata-kata kita. sekarang masa untuk kita berbakti kepada diorang. jangan masa diorang dah takda baru kita nak menyesal sebab tak pernah pedulikan sakit pening diorang, tak pernah ambik tahu makan minum diorang, tak pernah ambik berat soal hati dan perasaan diorang. 

untuk semua wanita yang bergelar ibu/ emak/ bonda/ ummi/ mama/ mummy , saya ucapkan SELAMAT HARI IBU. kalian sangat berharga buat kami. doa restu kalian amat kami harapkan sepanjang hidup kami.

luv u so much emak.
takde sape dapat ganti tempat emak..
emak de best ^__^




Rabu, 7 Mei 2014

Gambar Yang Tenangkan Jiwa

Assalamualaikum..

setiap kali ada masalah mesti hati aku tak tenang. rasa celaru, kacau-bilau, macam-macam lagi lah. kalau kat rumah takpe. konfem tak sempat nak layan perasaan yang bukan-bukan ni. mana taknya, sibuk dengan anak buah nye, sibuk nak siapkan kerja rumah nya, sibuk nak buat macam-macam la. kalau kat ofis, ada kerja pun macam takde. yela, melayan perasaan punya pasal.


untuk tenangkan balik perasaan yang tak tentu, yang datang tanpa diundang dan tanak pergi-pergi ni, aku suka tengok gambar-gambar yang sedap mata memandang. * bagi aku lah*

contohnya, aku suka tengok gambar-gambar baby. ya ampunnnn, comey-comey belaka. kenapa tengok gambar baby boleh jadi tenang?? sebab kecomelan diorang la. automatik mulut korang akan tersenyum tengok keletah-keletah diorang. syoknyeee la ^__^
tengok, baru cakap pasal baby aku dah boleh tersenyum. begitulah hebatnya aura baby tu hihih *padahal dok imagine ada baby sendiri nanti -_-"*

alolo comeyyyy kan

rasa nak picit-picit je lengan tu.. gerammm tau hihi

bulatnyee mate..dengan mulot gitu...melting ai ^__^

yg ni aku buat penghias skrin pc kat ofis.. memang
sedap mata memandang



selain tu, aku suka tengok gambar suasana laut atau pantai. air biru jernih sampai nampak sebutir-butir ikan. *abaikan penjodoh bilangan yang salah tu*  wohoooo damainya mata yang memandang, hati yang merasa hahaha
tengok laut yang luas terbentang tu, terasa lapang dada. tengok ikan-ikan yang berenang sesuke hati tu, terasa bebas je diri dari masalah.


syokkan dapat bebas macam diorang ni

setenang air di laut ^__^

tengokkk..bestnyee dapat baring-baring camni kat tepi pantai.



lagi satu, aku suka tengok gambar bunga-bunga yang nampak pelik pada pandangan mata aku. aku pun tak tahu asal usul bunga ni dari mana, tapi aku suka sangat..





kalau korang, apa yang dapat tenangkan jiwa korang yang tengah kusut musut tu.. jom share ^__^




Selasa, 6 Mei 2014

Perginya "Trio Terakhir" Bujang Lapok..Alfatihah

Assalamulaikum..


pagi tadi, dalam perjalanan pergi tempat kerja, macam biasa aku dok dengar hotfm la. syok Ooo dengar hotfm pepagi. memang gelak sakan la kan dengan fafau, AG dan fizie. ada je celoteh diorang yang buat aku nak tergelak. selalu time panggilan hangit tu la yang aku tunggu. tapi, pagi tadi time panggilan hangit akak aku tukar radio lain. 

aku pun layan je la. frust jugak tapi takde la sampai menangis hentak-hentak kaki suruh tukar balik kan hihi ^__^ 
tak pasti radio apa sebab suara DJ tak berapa familiar di dengar oleh telinga aku. tetibe aku dengar berita pasal perginya Datuk Abdul Aziz Sattar a.k.a Pak Ajis yang terkenal dengan trio bujang lapok bersama Allahyarham seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarham S.Shamsudin. 

Bujang Lapok yang masih kekal 'hidup' dalam ingatan kita semua

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang, kira-kira jam 2.00 pagi tadi. Mengikut sumber berita, kematian berpunca dari serangan sakit jantung. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Pak Ajis.

Dari Allah kita datang,
KepadaNya juga kita kembali...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga trio Bujang Lapok yang tiada ganti ni.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...