Jumaat, 24 Oktober 2014

Diari Mengandung - Akan Bertiga Tak Lama Lagi

Assalamualaikum..
Hai peeps..

aku sebenarnya mengalami kekurangan idea nak update pasal apa kat blog kusam ni. tiap kali nak update, jenuh berkerut dahi sampai bercantum kening lebat Shin Chan ni memikir (sangat hiperbola kan haha)..setelah difikir2, eloklah aku buat entry pasal keadaan aku yang tengah mengandung sekarang ni..bukan apa, untuk tatapan anak aku bila dia dah besar nanti..untuk simpanan aku jugak..mana nak tau tua2 dah lupa macam mana keadaan time mengandung dulu,boleh lah bukak blog ni baca sama2 dengan suami nanti (kalau ingat email dan password lagi la kan)..lepas ni kena ukir kat dinding rumah alamat email dan password (takut lupa :P)

aku dengan suami tak rancang pun sebenarnya pasal anak ni..memang takda masa sangat nak fikir..yela, baru lepas kawin kan..sibuk fikir nak pindah rumah, siapkan kelengkapan rumah, nak saving untuk masa depan, macam2 lagi la yang kami duk bincang..kami selamat bernikah pada 6/6/2014..mana nak buat persiapan menyambut puasa lagi, persiapan nak sambut raya pulak lepas tu, persiapan mental dan fizikal nak berpisah dengan keluarga, nak biasakan diri dengan keluarga mertua, macam2 lagi lah yang ada dalam kepala aku time tu..agaknya tu yang sampai boleh terlupa nak bincang pasal anak hihi..

dipendekkan cerita, selepas hampir dua bulan kami jadi suami isteri, suami aku mula cakap teringin nak ada baby sendri..masa tu aku senyum je la..aku cakap bukan rezeki lagi kami nak menimang cahaya mata sendiri..ditambah pulak keadaan kesihatan aku yang amat tak memuaskan masa tu..bila malam je suhu badan aku jadi tinggi yang teramat sangat tapi aku akan rasa sejuk sampai tahap menggigil..perut pulak rasa sakit sangat, rasa tak selesa macam penuh angin kat dalam tu..time ni nak makan pun tak berselera sangat..makan sekadar untuk alas perut & teman suami je..lepastu selang 5 minit asek berulang ke toilet je buang air kecik sampai aku merungut jugak lah sebab penat..

sedara-sedara, akak ipar, mak aku sendiri dok teka aku dah berisi..tapi laju je aku jawab takkkk sebab takde pening2, muntah2, loya2 ke..punya la zero pengetahuan aku pasal ni..ingat tu je kot tanda-tanda mengandung haha..suami aku dah banyak kali ajak beli pregnancy test..tapi aku yakinkan dia aku belum pregnant lagi..sebab tak rasa ada benda pun dalam perut comey ni hihi..

nak dijadikan cerita, lebih 2 minggu keadaan aku macam tu..asal malam je badan jadi panas..lepastu, jadi letih semacam..asal balik keje je konfem masuk bilik terus baring..pastu terlelap..gitu la keadaan aku sampai suami aku risau..banyak kali jugak suami aku pujuk pergi klinik ke, spital ke..tapi biasa lah kalau dah degil, memang nak ikut kepala sendiri je la kan..ampun ye sayang hihi..

tapi bila dah lama sangat, aku pun risau jugak la sebab masa tu femes kes denggi..nak tak nak terpaksa lah jugak pergi spital..cek darah semua ok..doktor pun pelik..pastu dan2 dia suruh buat upt..aku macam blur jugak masa tu..suami aku dah eksaited gila..dengan yakin dia cakap konfem positif ni..dah tengok suami aku gitu, dalam hati aku doa biarlah positif sebab tak sanggup nak tengok muka hampa dia..dan seperti jangkaan suami aku dan yang lain2, upt aku positif..

macam tak percaya pun ada..aku pandang muka suami aku..dia punya senyum punya lah lebar..sama macam lepas kami selesai akad nikah dulu..aku dalam konfius + blur sempat lagi balas senyum dia tapi aku rasa macam tak ikhlas langsung haha..bukan sebab aku tak happy..dalam hati aku macam 'eh,betul ke aku pregnant ni' , 'dah ready ke nak jadi mak budak ni' ..time tu macam2 dalam kepala..dah siap buat upt, terus jumpa doc and suruh bukak buku merah esok sebab hari tu cuti ganti hari merdeka..so takda klinik kesihatan yang bukak..

gitu la permulaan aku tau dah ada nyawa kecik dalam perut aku..nanti aku cerita pulak alahan yang aku alami dan makanan febret aku sejak dah tau pregnant ni hihi..

panjang entry aku kali ni kan..harap korang baca dengan penuh sabar..bukan selalu aku buat entry panjang lebar gini..doakan aku dan si kecik aku ni sihat dan membesar dengan sempurna (",)

selamat membaca...




Khamis, 23 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Bubur Nangka Bersagu

Assalamualaikum..
Hai peeps..



ni alkisah semalam punye cerita..cuti sempena perayaan deepavali semalam memang buat aku rasa happy tak terkira..syoknya dapat istirehat kat rumah..makan, golek-golek main game, pastu terbongkang tidur haha..niat nak jenjalan terbantut disebabkan hujan yang lebat dari petang sampai ke malam..

akhirnya, terperuk saja lah kat rumah..disebabkan hujan + bosan, membuatkan perut aku cepat je lapar (alasan orang kuat makan ni haha)..teringat semalam en suami teringin nak makan bubur nangka..laju je kaki aku melangkah ke dapur tengok bahan2 cukup ke tak..nak tau apa bahan2 nya?? jom.........

bahan-bahan :
nangka-secukup rasa & dipotong kecik2 (ikut suka)
santan - ikut banyak nya nangka korang
daun pandan - disimpul
sagu - basuh dan toskan
gula
garam - secukup rasa

cara-cara :
1. masukkan santan + daun pandan dalam periuk.
2. agak santan nak mendidih, masukkan sagu.
3. tunggu sagu 3/4 masak, masukkan nangka.
4. letak gula + garam.
5. tunggu hingga mendidih, siap......

see, teramatlah senang kan. sape yang cakap susah tu alasan korang malas nak memasak sebenarnya.
geram mak jemah kalau ada orang cakap susah nya nak memasak. 

* nak lagi sedap, korang sejukkan dalam peti ais sebelum makan. memang mabeles.

* nak guna gula kabung pun no hal. sedap jugak.

* tak nak letak santan bebanyak pun ok, campur dengan susu cair. pun sedap jugak.

* nak lagi menarik, campur dengan bubur cha cha (yang kaler2 tu)

* gambar macam biasa, ehsan google..tak de masa mak jemah nak tangkap gambar sambil masak hihi..
kredit to dapur cik wan


Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Ringkas : Masak Lemak Cili Padi Ayam

Assalamualaikum...
Hai peeps..

hidup berumahtangga ni amatlah mencabar bagi aku..sebab apa?? salah satunya kena memasak untuk en suami la..aku ni dahlah tak pandai nak memasak sangat..di tambah pulak aku ni bekerja, lagilah masa yang ada tu terhad kan..so, untuk menjimatkan masa dan tenaga, aku selalu masak yang simple2 je..tapi tetap sedap (cehhh, puji diri sendiri haha)

untuk korang2 yang baru nak belajar masak tu, rajin2 la jenguk blog aku ni tau..sebab aku akan selalu update resepi yang simple sesimple2 nye untuk korang try..tak caye, try dulu la haha :D



bahan-bahan :
* bawang merah - di tumbuk 
 * cili padi - di tumbuk
serai - diketuk
santan kotak
serbuk kunyit
perasa
ayam - direbus separuh masak
 minyak - cukup2 untuk menumis


cara-cara:
1. panaskan minyak. tumis bahan bertanda (*).
2. dah bau wangi, masukkan serai. kacau2 jap.
3. masukkan ayam. kacau lagi.
4. masukkan santan, serbuk kunyit dan perasa. kacau sekali sekala.
(pastikan api perlahan, kalau tak nanti pecah minyak)

** ayam di rebus dulu supaya jimat masa memasak.

** kalau nak, boleh tambah kentang ke, sayur2 yang korang suke ke. suke hati hihi.

** gambar ni aku google je sebab aku amatlah malas nak ambik gambar sendiri :D

** boleh tukar bahan utama tu dengan ikan, udang, perut, kulit lembu, sotong, ketam, siput sedut, telur ayam / ikan, cendawan sisir, lala, pucuk ubi, pucuk paku pakis ke macam2 lagi la ikut suke hati korang jugak..








Selamat Mencuba !!

Rabu, 15 Oktober 2014

Makeup

Assalamualaikum....






Allah..lama betoi aku tak kunjung ke blog sendiri ni T__T
ada ja masa blogwalking semua..tapi nak update tu punya la malas..tambah2 tengah mabuk2 sekarang..memang tak ada kekuatan la nak mengupdate huhu..harap dimaafkan ye (",)

lumrah perempuan suka tengok yang cantik2 kan..termasuk lah aku..kalau tak ada keje kat ofis aku selalu google gambar2 artis sebab diorag kan cantik2..seronok tau tengok sampai leka jadinye..dari pakaian, mekap, pendek kata semua la cantik..

kadang2 keluar jenjalan kat mall aku suka perhati orang..dalam hati kemain dok puji awat la cantik sangat diorang ni. then, tengok muka sendri..Allah, kusam ya amat..kalau mekap pun tak nampak seri nya T__T
aku memang jarang nak makeup2 bagai ni..kecuali masa perayaan, time kenduri kendara atau time jenjalan ngan suami je..tu pun simple sesimple2 nya..kadang2 jeles tau tengok orang makeup tebal2 ni..

sejak preggy ni lagi lah..kulit jadi lagi gelap, jerawat halus2 makin bermaharajalela kat wajah hamba huhu..minyak jangan cakap la, dah boleh buat goreng keropok lekor T__T
tapiii, ai tak kisah..ni la pengorbanan untuk si kecik comey..pasni ok la hihi

tapi tu dulu..sebelum aku dapat kewarasan untuk berfikir dengan matang..sekarang aku dapat berfikir dengan logik akal aku sendiri..

orang yang tak makeup tebal2 ni pun  banyak kelebihan sendiri tau..contohnya .....

1. masa bersiap sekejap je. 5 minit pun ok..cukuplah sekadar eyeliner dan lipstik/lipbalm..suami/bf  pun senang hati (",)

2. nak solat pun senang..takyah nak tenyeh muka lelama sebab nak buang mekap..pastu bazir masa lagi nak pakai balik 1 persatu..lecehhh -_-

3. boleh makan dengan senang hati. tak payah cover2..takut kuah meleleh kat dagu ke, takut lipstik hilang ke, takut muka merekah ke..ehh 

4. jimat stok barang makeup. tak ada la kena peruntukkan bajet setiap bulan untuk beli barang makeup. salah satu tips jimat duit haha..

5. tak perlu usung cermin setiap masa..kalau makeup tebal mesti asyik nak tengok cermin kan..takut eyeliner comot ke, lipstik dah hilang sebelah ke, bulu mata tercabut ke, makeup dah cair ke, apa lagi la.

so, untuk korang2 yang tak bermakeup tebal tu jangan rasa low confident sangat..setiap orang dah ada kecantikan sendiri..terpulang kat korang nak mendefinisikan kecantikan tu macam mana. bagi aku, cantik tu cukup la sekadar kemas dan bersih..

untuk yang suka bermakeup tebal tu, jangan ingat aku nak kondem korang ke apa ke..korang mesti ada sebab sendiri kenapa makeup tebal kan..maybe sebab tuntutan kerja atau untuk kepuasan hati sendiri..

so, apa2 pun terpulang pada diri sendiri (",)

Selasa, 19 Ogos 2014

Resipi : Sambal Sotong Sumbat


semenjak dah jadi bini orang ni, rajin pulak aku masak tau..bukan apa, orang kata nak jage en somi senang je..jage makan dan tempat tidur..banyak lagi yang kena jage tapi yang 2 hal ni la yang paling penting tau tak..

aku pun bukan pandai sangat memasak..yang simple2 boleh la..nak masak yang sedap sikit kena google la resepi..kalau tak, keracunan en somi makan masakan aku hahaha..

tak pandai takpe, yang penting kerajinan tu kena ada..kalau dah selalu masak, yang tak sedap jadi sedap..yang sedap bertambah sedap la kan..

sebelum start pose haritu aku dah busy mengGOOGLE resepi aku nak masak time berbuke..takkan hari2 nak masak bende yang same..muntah hijau la en somi..alkisahnye terserempak dengan resepi sotong sumbat ni..dalam hati meronta2 la nak try sebab en somi memang suke makan sotong ni..

dah salin resepi ala kadar, esoknye dengan semangat ajak en somi pegi shoping bahan2 nak masak..aku tengok die pun eksaited je..maybe dah terasa2 keenakan masakan si isteri kat tekak die haha *perasan lebih*

*********

so, ni la bahan-bahan nya :


bahan utama :
sotong - ambik yang saiz besar / sederhana (senang nak menyumbat nanti)
pencungkil gigi

bahan inti a.k.a bahan sumbat :
telur - ikut kuantiti sotong 
cili merah - dadu
kacang buncis - potong kecik2
carrot - dadu kecik
bawang besar - tumbuk
bawang putih - tumbuk
perasa

bahan sambal:
cili kering - ikut kepedasan masing2 - dikisar
bawang merah - dikisar
bawang putih - dikisar
asam jawa / asam keping
bawang holland - potong bulat2 
perasa

ikut cara-cara ni k:


inti a.k.a bahan sumbat :
1- tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2 - masukkan cili merah, kacang buncis dan carrot. 
3 - agak sayur tadi dah masak, masukkan perasa dan pecahkan telur. 
4 - kacau2 telur tu macam nak buat scramble egg a.k.a telur hancur.
5 - sumbatkan bahan inti ke dalam sotong. 
(isi badan sotong dengan telur hancur sampai agak penuh. pastikan ada ruang untuk letak kepala sotong. dahtu, letakkan kepala sotong dan sematkan dengan pencungkil gigi)

sambal :
1- tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
2 - masukkan air asam jawa dan perasa.
3 - masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
4 - masukkan bawang holland. biarkan seketika sampai sotong keluarkan air.

*********

seronok tengok en somi makan bertambah. family mertua pun suka. akak ipaq aku banyak kali dah repeat order sambal sotong sumbat ni..lagi satu masak asam pedas..tapi yang tu lain kali la aku bagi resepi..bangga ai dapat masak masakan biase tapi sedap untuk en somi..

korang pun boleh la try..bukan yang dah kawen je, yang bujang2 pun boleh try..masak kan untuk mak abah..konfem cepat2 die bagi greenlight suh korang kawen..dah pandai masak kate kan haha..


ni aku rembat kat fb en somi..gagah die upload bagi kengkawan bujang jeles haha..
padahal menu biase je kan..
terharu ai T__T




Permainan Budak-Budak Zaman Dulu



panas betul cuaca hari ni. tekak dah bergusti mintak air sejuk tapi tuan die buat2 tak tahu je. ko ugut nak bunuh diri pun ada aku kesah?? aku kan tuan..begitulah agaknye perbualan dalaman antara seketul tekak dengan tuan nye.

aku ngan en somi memang suke pegi shopping complex..sebab yang pertama, kami suke window shopping..kalau aku, mestilah usha2 baju, kasut, handbag dan sebagainya..kalau en somi pulak dah semestinya dengan gajet2 yang terbaru..kadang2 aku tak paham, apa yang best tah dengan gajet2 tu sume..
  
sebab yang kedua, sebab kami suke tengok ragam orang..kalau pegi mall tu, macam2 ragam yang korang boleh tengok..dari yang kecik toek sampai la yang tua bangka..kadang2 tergelak sorang2 aku tengok gelagat diorang..

*********
tengah2 syok layan mata mengUSHA orang, tetibe sepasang telinga aku dikejutkan dengan suara budak menjerit sambil menangis..ke menangis sambil menjerit..hentam je la ape2 pun. yang pasti budak tu tengah menjerit dan menangis. aku pun pasang telinga la apa punca budak tu menangis..rupe2 nye ipad die dah habis bateri. tak boleh main game la jawabnye. tu yang menangis melolong bagai mintak dibelikan ipad baru.

geleng kepala je aku bila tengok situasi gitu. nak salah anak tak boleh jugak kan..sape suruh mak bapak die sogokkan anak diorang dengan mainan mahal cenggitu. teringat aku zaman bebudak dulu, mana ada mainan canggih lagu tu. paling hebat pun brick game je la..tu pun mak beli 1 je..kongsi la kami 8 beradik main gilir2..takde hal pun..

*********

dah alang2 cakap pasal mainan zaman dedulu, jom aku bercerite panjang pasal mainan aku time kecik2..zaman kanak2 la yang paling best ye dak..tak payah pikir keje, cari duit semua..yang tau balik sekolah, campak beg, tukar baju, gi isi perut, pastu terus sarung seliper jepun gi rumah kengkawan..tapi aku dulu tak gitu..balik sekolah rendah, kena mandi dulu..pastu baru makan, semayang, kena siapkan keje sekolah dulu..dah pukul 3 gitu kena pegi sekolah agama pulak..balik sekolah agama baru lah dapat main..kalau cuti pun gitu la..pkul 5.30 baru dapat keluar main..sape keluar awal siap lah balik nanti mak dah tunggu depan pintu dengan ranting bunga raya. selalu memang aku la yang akan kena sebat haha..tapi kalau main tepi2 rumah je takpe, mak tak marah hihi..

ok, mukadimah panjang bebeno..dulu2 aku suke main rounders. lebih kurang besbol la care nye..pukul bola, pastu lari sebelum pihak lawan dapat tangkap bola tu..lebih kurang gitu la..tapi style kampung la..lagi rare bebudak sekarang kate haha..kayu pemukul die kitorang kutip kayu kat tempat sampah je..agak2 tahan lasak, boleh pukul bola on je..bola pulak kitorang buat dari beg2 plastik..dalam die isikan dengan gumpalan kertas, luar die balut kemas2 dengan beg plastik..dah jadi bola..tak payah keluar duit pun dah dapat main mainan yang best..

lebih kurang gini la..tapi kami main kat laman rumah je la..

*********

lagi, aku suke main congkak atas tanah..selalunya dengan adik beradik sendiri la..congkak rare jugak namenye..sebab ape??lubang congkak tu kami korek sendiri kat tanah..selalu abang2 aku la yang rajin mengorek..lepas tu, kami pegi kutip buah getah jadikan sebagai buah congkak..aku ingat lagi, port kami main congkak biasa nya bawah pokok pelam..bukan apa, pokok tu rendang..so,takdelah kami kepanasan kalau main time tengah2 hari bute..dah lepas main, tutup dengan plastik..takut ayam ingat tu jamban die pulak..kang sesuke hati die membuang kat situ..tapi yang leceh kalau time hujan lah..hujan renyai takpe, no hal..kalau hujan lebat, siaplah esok kena korek lubang baru..sebab ape??sebab lubang dah terkambus lah haha

gini la ghope congkak atas tanah tu..korang pun pernah main kan..

*********

ok lah, dah penat menaip..perut dah lapo..jom mentekedarah dulu hihi

p/s : semua gambar ihsan dari google. TQ (^^,)

Isnin, 18 Ogos 2014

Mulut Tersenyum Hati Menangis



diam tak diam, pejam celik pejam celik, dah 5 bulan aku jd spy tak bertauliah ni..dalam diam dia buat aku macam ni..memang aku tak sangka langsung..luarannya baik..amat-amat baik..tapi ni perangai dia kat belakang aku..rasa nak sumpah berkali-kali tapi tak syok la..nanti free2 aku dapat dosa kan..

takpe, aku layankan aje lakonan dia..patotlah sekarang ni asyik tak lekat kat rumah..siang lansung tak nampak bayang..malam pulak bila orang nak berdengkur baru dengar derap tapak kaki die melangkah masuk rumah..

luaran aku nampak hepi tapi dalam hati sape yang tahu ye dak..mulut tersenyum tapi hati menangis tersedu sedu macam bebudak tak dapat cekelat..macam korang kecik2 dulu la..pantang mak balik dari kedai..terus serbu beg plastik yang mak bawak..selongkar habis..tapi bile barang yang dicari (cekelat la tu) tak jumpe, start la buat muke sebek..pastu mengobak tak ingat dunia..lebih kurang gitu la perihal hati aku..

hari ni dia buat hal lagi..depan2 mata aku berani dia bawak buah hati dia balik rumah..betul2 menguji kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni..aku tak tahu kenapa aku mampu tersenyum lagi kat dia..maybe aku tak nak die nampak betapa aku menyanjungi dia, betapa aku ni sayang kat dia..perlahan-lahan aku seret kaki menapak masuk bilik tidur aku..aku tutup pintu bilik slow2..konon aku langsung tak terkesan dengan apa yang dia dah buat..

sampai je kat bilik, aku tekup mulut dengan bantal busuk aku yang dah tak serupa bantal..aku jerit kuat2 melepaskan apa yang terbuku kat hati aku..tapi sakit kat hati aku langsung tak berkurang..lantas dinding bilik aku tumbuk berkali2 sampai muncul warna biru kehijauan tanda tangan aku dah lebam..

air mata mengalir tanpa dapat aku halang..aku tertidur bertemankan air mata dan sedu sedan akibat menangis terlalu lama..bangun je dari tidur, tangan aku berasa sangat sakit..akibat tumbukan padu tadi, aku tak mampu buat apa2 kerja hatta nak makan sekalipun terpaksa suap guna kaki..tu la sebab nya kenapa aku dah lama tak update blog kusam ni..tengah menaip ni pun terasa lagi sakitnya..

hantu punye kucen..aku sayangkan kau tapi kau boleh buat macam ni kat aku..sia2 aku jaga dari kecik, bagi makan nasi berlaukkan ikan bilis, kadang2 aku bagi makan ati ayam sebab orang kata kalau makan ati ayam nanti bulu kau cantik..sia2 aku manja kan kau selama ni..belakang aku kau sibuk bermanja dengan buah hati kau..

takpe2..
ada ubi ada batas,
ada hari aku bela kucen lain..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...