Khamis, 23 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Bubur Nangka Bersagu

Assalamualaikum..
Hai peeps..



ni alkisah semalam punye cerita..cuti sempena perayaan deepavali semalam memang buat aku rasa happy tak terkira..syoknya dapat istirehat kat rumah..makan, golek-golek main game, pastu terbongkang tidur haha..niat nak jenjalan terbantut disebabkan hujan yang lebat dari petang sampai ke malam..

akhirnya, terperuk saja lah kat rumah..disebabkan hujan + bosan, membuatkan perut aku cepat je lapar (alasan orang kuat makan ni haha)..teringat semalam en suami teringin nak makan bubur nangka..laju je kaki aku melangkah ke dapur tengok bahan2 cukup ke tak..nak tau apa bahan2 nya?? jom.........

bahan-bahan :
nangka-secukup rasa & dipotong kecik2 (ikut suka)
santan - ikut banyak nya nangka korang
daun pandan - disimpul
sagu - basuh dan toskan
gula
garam - secukup rasa

cara-cara :
1. masukkan santan + daun pandan dalam periuk.
2. agak santan nak mendidih, masukkan sagu.
3. tunggu sagu 3/4 masak, masukkan nangka.
4. letak gula + garam.
5. tunggu hingga mendidih, siap......

see, teramatlah senang kan. sape yang cakap susah tu alasan korang malas nak memasak sebenarnya.
geram mak jemah kalau ada orang cakap susah nya nak memasak. 

* nak lagi sedap, korang sejukkan dalam peti ais sebelum makan. memang mabeles.

* nak guna gula kabung pun no hal. sedap jugak.

* tak nak letak santan bebanyak pun ok, campur dengan susu cair. pun sedap jugak.

* nak lagi menarik, campur dengan bubur cha cha (yang kaler2 tu)

* gambar macam biasa, ehsan google..tak de masa mak jemah nak tangkap gambar sambil masak hihi..
kredit to dapur cik wan


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...