Jumaat, 24 Oktober 2014

Diari Mengandung - Akan Bertiga Tak Lama Lagi

Assalamualaikum..
Hai peeps..

aku sebenarnya mengalami kekurangan idea nak update pasal apa kat blog kusam ni. tiap kali nak update, jenuh berkerut dahi sampai bercantum kening lebat Shin Chan ni memikir (sangat hiperbola kan haha)..setelah difikir2, eloklah aku buat entry pasal keadaan aku yang tengah mengandung sekarang ni..bukan apa, untuk tatapan anak aku bila dia dah besar nanti..untuk simpanan aku jugak..mana nak tau tua2 dah lupa macam mana keadaan time mengandung dulu,boleh lah bukak blog ni baca sama2 dengan suami nanti (kalau ingat email dan password lagi la kan)..lepas ni kena ukir kat dinding rumah alamat email dan password (takut lupa :P)

aku dengan suami tak rancang pun sebenarnya pasal anak ni..memang takda masa sangat nak fikir..yela, baru lepas kawin kan..sibuk fikir nak pindah rumah, siapkan kelengkapan rumah, nak saving untuk masa depan, macam2 lagi la yang kami duk bincang..kami selamat bernikah pada 6/6/2014..mana nak buat persiapan menyambut puasa lagi, persiapan nak sambut raya pulak lepas tu, persiapan mental dan fizikal nak berpisah dengan keluarga, nak biasakan diri dengan keluarga mertua, macam2 lagi lah yang ada dalam kepala aku time tu..agaknya tu yang sampai boleh terlupa nak bincang pasal anak hihi..

dipendekkan cerita, selepas hampir dua bulan kami jadi suami isteri, suami aku mula cakap teringin nak ada baby sendri..masa tu aku senyum je la..aku cakap bukan rezeki lagi kami nak menimang cahaya mata sendiri..ditambah pulak keadaan kesihatan aku yang amat tak memuaskan masa tu..bila malam je suhu badan aku jadi tinggi yang teramat sangat tapi aku akan rasa sejuk sampai tahap menggigil..perut pulak rasa sakit sangat, rasa tak selesa macam penuh angin kat dalam tu..time ni nak makan pun tak berselera sangat..makan sekadar untuk alas perut & teman suami je..lepastu selang 5 minit asek berulang ke toilet je buang air kecik sampai aku merungut jugak lah sebab penat..

sedara-sedara, akak ipar, mak aku sendiri dok teka aku dah berisi..tapi laju je aku jawab takkkk sebab takde pening2, muntah2, loya2 ke..punya la zero pengetahuan aku pasal ni..ingat tu je kot tanda-tanda mengandung haha..suami aku dah banyak kali ajak beli pregnancy test..tapi aku yakinkan dia aku belum pregnant lagi..sebab tak rasa ada benda pun dalam perut comey ni hihi..

nak dijadikan cerita, lebih 2 minggu keadaan aku macam tu..asal malam je badan jadi panas..lepastu, jadi letih semacam..asal balik keje je konfem masuk bilik terus baring..pastu terlelap..gitu la keadaan aku sampai suami aku risau..banyak kali jugak suami aku pujuk pergi klinik ke, spital ke..tapi biasa lah kalau dah degil, memang nak ikut kepala sendiri je la kan..ampun ye sayang hihi..

tapi bila dah lama sangat, aku pun risau jugak la sebab masa tu femes kes denggi..nak tak nak terpaksa lah jugak pergi spital..cek darah semua ok..doktor pun pelik..pastu dan2 dia suruh buat upt..aku macam blur jugak masa tu..suami aku dah eksaited gila..dengan yakin dia cakap konfem positif ni..dah tengok suami aku gitu, dalam hati aku doa biarlah positif sebab tak sanggup nak tengok muka hampa dia..dan seperti jangkaan suami aku dan yang lain2, upt aku positif..

macam tak percaya pun ada..aku pandang muka suami aku..dia punya senyum punya lah lebar..sama macam lepas kami selesai akad nikah dulu..aku dalam konfius + blur sempat lagi balas senyum dia tapi aku rasa macam tak ikhlas langsung haha..bukan sebab aku tak happy..dalam hati aku macam 'eh,betul ke aku pregnant ni' , 'dah ready ke nak jadi mak budak ni' ..time tu macam2 dalam kepala..dah siap buat upt, terus jumpa doc and suruh bukak buku merah esok sebab hari tu cuti ganti hari merdeka..so takda klinik kesihatan yang bukak..

gitu la permulaan aku tau dah ada nyawa kecik dalam perut aku..nanti aku cerita pulak alahan yang aku alami dan makanan febret aku sejak dah tau pregnant ni hihi..

panjang entry aku kali ni kan..harap korang baca dengan penuh sabar..bukan selalu aku buat entry panjang lebar gini..doakan aku dan si kecik aku ni sihat dan membesar dengan sempurna (",)

selamat membaca...




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...