Khamis, 24 April 2014

Test Kepantasan Otak Anda

Assalamualaikum..




Hari ni kita main cikgu-cikgu ye. Iolls jadi cecikgu, uolss jadi memurid okey. Macam geli je kan aku cakap macam ni -_-
Sebelum korang keracunan perasaan, kita kembali ke pangkal jalan hokeyy hahaha..

Cakap pasal test, teringat zaman-zaman remaja masa study dulu. Bila lecturer cakap nak buat test je,aku mula buat muka cuak. Time ni punya la dok berkerut-kerut dahi sampai bercantum kening sebab fikir kat mana dah campak nota-nota awal sem dulu. Punya la bersengkang mata buat nota kecik-kecik (padahal bergosip je lebih), otak nak pecah sebab banyak sangat info dan formula yang nak kena hafal (dulu aku ambik kos akaun, memang banyak la formula dan format nak kena hafal kan). Last-last masa test, sok sek sok sek dengan member sebelah. Haishh, korang jangan tiru sikap tak baik ni tau.

Yang aku tak boleh lupa masa aku nak ambik exam MUET dulu. Orang lain sibuk study, belek kamus, buat latihan banyak-banyak, aku dan sorang lagi member baik aku boleh tibai main game. Bajet terer speaking la konon nye. Nasib baik group sepaking aku semua member-member baik aku. Takdelah aku cuak sampai sakit-sakit perut huhuhu

Dah melalut merata-rata dah kan. Aku ni bukan boleh bercerita, korang tertidur namblas hari pun aku tak sudah-sudah lagi hihihi..Tadi aku sempat on9 FB sekejap. Ada member aku ni post pasal test kepantasan otak. Aku rasa macam best je kalau share dengan korang ^__^  Tapiii, ada syarat-syaratnya sebelum korang buat test ni.

Syarat-syarat nya ialah :

Korang kena jawab dengan SPONTAN (mesti cepat). Tak boleh fikir lama-lama.
Baca satu demi satu
Korang mesti fokussssss!!!!

Okey, soalannya ialah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ujian 1
Kertas A4 warnanya apa?
Awan warnya apa?
Susu warnanya apa?
Lembu minum apa?


Ujian 2
Rambut anda warna apa?
Bulu mata anda warna apa?
Jalan tar warna apa?
Kelawar tido bila......?


Ujian 3
Cendol warna apa?
Daun kelapa warnanya apa?
Rumput segar warnanya apa?
Zirafah makan apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni jawapannya:
Ujian 1 : Kalau korang jawab lembu minum susu, SALAH. sebab lembu minum air.
Ujian 2 : Kalau korang jawab malam, SALAH. sebab kelawar tido waktu siang.
Ujian 3 : Kalau korang jawab rumput, SALAH. sebab zirafah makan daun.

Haaa...korang jawab berapa yang betul?? Mesti semua salah kan. Aku dah try dan jawapan aku semua SALAH. Adakah otak aku begitu LEMBABBB..Oh tidakkkkk!!!! Bukan salah ibu mengandung. Bukan salah cikgu yang mengajar. Ni semua salah soalan yang tak berapa cerdik ni haha..

Korang jangan stress kalau jawapan korang salah. Ni sekadar suka-suka je. Jangan serius sangat okey hihi..

Jumpa lagi next entry..


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...