Jumaat, 24 Oktober 2014

Resipi Ringkas - Murtabak Maggi

Assalamulaikum..
Hai peeps..



first time aku buat ni time puasa haritu..malas nak berhimpit2 kat bazar semata2 nak mencari kuih sebenarnya..so, aku decide nak try buat murtabak maggi..dah lama teringin nak buat tapi takde kesempatan haha..(memang aku pandai buat alasan kan hihi)..

sesuai untuk minum pagi or makan petang..tapi waktu lain korang nak makan pun apedehal kan..terasa nak makan, buat je..almaklumlah resepi ringkas..tung tang tunag tang dah siap..boleh makan sambil tersenyum lebar hihi..

bahan-bahan:
maggi - 3 bungkus (apa2 perisa)
telur 2 bijik - dipukul

cara-cara :
1. celur maggi dalam air mendidih. toskan.
2. gaulkan maggi dengan perencah.
3. masukkan dalam bekas mengandungi telur yang dah dipukul.
4. panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick. tuang campuran maggi.
5. biarkan sehingga sedikit garing sebelum diterbalikkan.
6. dah garing dua2 bahagian, bolehlah angkat. siap dihidang bersama sos.

* guna maggi kari untuk rasa yang lebih sedap.

* boleh tambah sayur / isi ketam / udang / sosej / isi ayam untuk meriahkan lagi murtabak maggi korang. ikut kegemaran masing2 ye..

* boleh juga campur cheese untuk berangan seperti makan pizza hihi..

* tak payah tambah apa-apa perasa dekat telur sebab perencah maggi tu dah cukup masin dan sedap.

* kalau korang buat sebijik telur untuk sebungkus maggi, pastikan masak lama sikit sebab lapisan telur akan jadi sedikit tebal. gunakan api kecik je tau..

* gambar macam biase, ehsan google la beb..


selamat mencuba..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...