Jumaat, 30 Januari 2015

Bertuahnya Aku..

Assalamualaikum..
hai peeps..


Nota : Entry ni khas untuk orang yang paling-paling-paling aku sayang.

bertuahnya aku ada mak yang sentiasa sayang kat aku..bila tengok orang yang takde mak, tambah-tambah bebudak kecik, hati rasa sayu je..syukur, aku masih ada mak..yang dapat mendoakan aku..yang sentiasa menadah telinga tika aku mengadu..yang bisa menghapus keresahan dengan nasihat dari ulas bibirnya..yang sentiasa mendamaikan dengan pandangan seorang ibu..masih ada kesempatan untuk minta maaf terhadap kekhilafan yang pernah aku buat..masih ada tempat untuk aku menumpang kasih dari seorang wanita hebat bergelar emak..ya Allah, jangan lah jadikan aku anak yang leka,yang lalai, yang lupa akan jasa ibubapaku..(maaf, aku agak skema dan emosi kalau bercakap pasal emak aku T__T)

bertuahnya aku sebab ada keluarga, ada adik beradik yang sentiasa menyokong dari belakang..walau selalu berselisih pendapat..walau selalu bergaduh..walau selalu bermasam muka..tapi, semua tu sekejap je..yang pasti diorang la yang selalu tolong masa aku ada masalah..diorang yang buat aku gelak dengan lawak-lawak yang kadang-kadang tak lawak pun sebenarnya..tapi aku boleh gelak berdekah-dekah ^__^..bila aku ada masalah dengan kawan-kawan atau tunang aku (sekarang suami aku), aku lebih suka lepak dengan adik beradik..boleh la buat aku 'terlupa' sekejap masalah tu..

bertuahnya aku sebab hadirnya seorang insan bernama suami di sisi aku..seorang suami yang sangat penyabar..seorang suami yang sanggup merendahkan ego di saat ada perselisihan..seorang suami yang amat-amat menyayangi aku..seorang suami yang sentiasa memaafkan segala kesilapan dan kesalahan aku..seorang suami yang sentiasa memikirkan aku dalam setiap keputusan dan perbuatan dia..seorang suami yang tegas dalam kelembutan..yang sentiasa memujuk saat aku gedik merajuk..yang buat aku tersenyum saat aku berduka..yang segala-galanya lah bagi aku..syukur aku ada seorang suami yang dapat menerima aku seadanya..(sori, ter'emo' lagi..sensitif tau cakap pasal suami ni huhu)

terima kasih Tuhan sebab pinjamkan mereka semua dalam hidup aku T__T (sebak woiii huhu)


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...